Monday, June 27, 2016

Guna Wang Zakat Beli Suratkhabar Pro UMNO - Netizen Pertikaikan Kredibliti Institusi Zakat.

Baru-baru neh institusi zakat telah dipersoalkan kewibawaan dan ketelusan mereka dalam mengagihkan zakat kepada golongan asnaf.  

Rakyat menyuarakan pandangan mereka yang bahawanya mereka telah hilang rasa percaya dan yakin terhadap institusi zakat di Malaysia disebabkan terkesan dengan beberapa situasi yang kerap berlaku di dalam negara.

Dan tadi, netizens sekali lagi mempersoalkan kewibawaan institusi zakat apabila mendedahkan bahawanya MAIWP menggunakan wang zakat untuk membiayai surat khabar pro kerajaan untuk disalurkan ke beberapa buah sekolah.

Ini apa yang ditulis oleh Suara Rakyat ;


TU DIA !!!!.. Rupa2nya dalam pemerintahan Umno/BN duit2 zakat puluhan ribuan ringgit digunakan utk tampung bekalan akhbar pro-Umno/BN Berita Harian & NST ke sekolah di KL..

PATUTLER golongan agamawan KERAjaan bermati2an mengatakan... 

"BERDOSA jika bayar zakat kpd fakir miskin tanpa melalui kerajaan"

"BERDOSA bayar zakat sendiri tanpa melalui pemerintah"

"BERDOSA bayar zakat terus kepada asnaf"

NAMPAK TAK !!!


Yang menjadi persoalan buat rakyat ialah ;

1. Menanam budaya membaca di kalangan asnaf tidak salah tetapi kenapa perlu taja secara umum?

2. Mengapakah suratkhabar pro kerajaan yang menjadi pilihan? Apakah kriteria ataupun indikasi yang dijadikan asas pemilihan? Apakah wujud unsur2 kronisme dan favoritism atas sesuatu sebab?

3. Apakah berlakunya unsur2 rasuah contohnya ialah mungkin kedua2 syarikat suratkhabar mendapat projek bekalkan suratkhabar ke beberapa buah sekolah dan sebagai balasannya mereka perlu menulis yang baik2 sahaja tentang kerajaan dan menyembunyikan kepincangan?

4. Bagaimana asnaf boleh mendapat faedah dengan pembekalan suratkhabar tersebut?

Itu antara persoalan-persoalan yang diajukan marhaen.

Mari baca sikit komen-komen dorang kat bawah neh sat ;





Sekarang neh ada beberapa pihak yang giat sebarkan kebaikan pusat zakat di laman-laman sosial dan di ruangan komen. Aku tak pasti sangat mereka neh diupah ataupun memang ikhlas nak sebarkan kebaikan pusat2 zakat kita tetapi just nak jelaskan bahawanya kita sebagai rakyat tak menafikan bahawanya pusat zakat ada memainkan peranan yang betul dalam mengagihkan zakat. Jangan bimbang. Rakyat tidak pukul rata. Yang dipersoalkan hanya membabitkan kes-kes yang merosakkan nama baik dan intergriti pusat zakat. Tak lebih tak kurang. 

Berbalik kepada persoalan di atas. Ada baiknya MAIWP tampil laju2 menjelaskan perkara sebenar. Ya juga, kenapa nak bekalkan suratkhabar? Menjadi tanda tanya juga.. apakah prosesnya bersih dan telus..

Fikir-fikirkanla ya.

Kbai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.