Thursday, June 30, 2016

[VIDEO] Guan Eng Ditahan, Pemimpin Pulau Pinang Kecam Dwi Standard



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekitar jam 6.30 petang di pejabatnya di Tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di Pulau Pinang.

Lim diiringi keluar dari pejabatnya bersama-sama beberapa orang pegawai SPRM bersama-sama dengan peguamnya, R.S.N.Rayer yang juga merupakan ADUN Sungai Delima untuk dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah di George Town.

Sebelum penahanan, empat lelaki dipercayai pegawai SPRM dilaporkan menyerahkan waran tangkap kepada Lim yang sedang mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di pejabatnya sekitar jam 5.30 petang.


Menurut EXCO Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri yang juga merupakan Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dalam akaun Twitter yang dimuat naik sekitar jam 5.50 petang tadi, Lim akan dibawa ke ibu pejabat SPRM.

Turut ditahan ialah ahli perniagaan wanita, Phang Li Khoon yang ditahan di pejabatnya di Penang Garden sekitar jam 4.15 petang.

Penasihat DAP yang juga bapa Lim, Lim Kit Siang dalam Tweetnya hari ini berkata anaknya itu ditahan SPRM atas dua tuduhan rasuah.

Sementara itu, beberapa anggota keluarga Guan Eng dilihat berada di ibu pejabat SPRM di sini.

Guan Eng akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan.

Pertuduhan pertama berkaitan dengan dakwaan salah menggunakan kuasa dengan menukar status tanah Taman Manggis daripada pertanian kepada komersial, dan dakwaan kedua pula berhubung memperolehi banglo berkenaan di bawah harga pasaran.

Di dalam perkembangan berkaitan, pimpinan kerajaan Pulau Pinang mengecam penangkapan Guan Eng sebagai dwi-standard, Exco Hal Ehwal Islam Pulau Pinang juga percaya kejadian hari ini bermotifkan politik.

“Ini semua kerja Barisan Nasional (BN) dan Umno,” kata Abdul Malik Abul Kassim, “Mereka kuman di seberang lautan nampak, gajah di pelupuk mata tak nampak.”


Dalam kejadian hari ini, anggota SPRM dan polis kelihatan seperti mengepung bangunan Komtar dan menahan Guan Eng di pejabatnya.

“Kita rasakan ini satu serangan daripada BN untuk jatuhkan Pakatan Harapan (PH),” ujar seorang lagi Exco, Dr Afif Bahardin.

“Kita tak tahu apa siasatan yang dibuat SPRM….macam (kontroversi wang derma) RM2.6 bilion (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) sudah mengaku tetapi tiada dakwaan sampai sekarang.

“Ini pendakwaan terpilih, pada saya. Apa yang kita tahu dalam kita bekerja, kita faham keadaan dan dugaan yang dihadapi.”



Suasana di luar perkarangan pejabat SPRM Pulau Pinang:



ULASAN GB

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.