Saturday, July 2, 2016

Di Singapura Thief Dipanggil Pencuri Di Malaysia, Perdana Menteri. (Video)

Standup comedy  Fakkah Fuzz anak muda kelahiran Singapura yang cukup dikenali di peringkat antarabangsa dan telah menerima banyak anugerah. 
Katanya, di Singapura Thief dipanggil pencuri tapi  di Malaysia Thief dipanggil Perdana Menteri.
Tidak kah hal ini memalukan rakyat Malaysia? Tolong jangan persalahkan pelawak berkenaan, kita raikan sahaja demokrasi. Apa lagi skandal 1MDB masih belum dijawab dengan baik, salah kita juga. 
Sebelum ini nama Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak banyak dikaitkan dengan penyelewengan dana rakyat melalui anak syarikat Kementerian Kewangan Malaysia yang dikenali sebagai 1MDB. 
Rentetan itu pihak berkuasa Kewangan Singapura telah terpalit dan telah mengarahkan BSI Bank, yang sedang disiasat berhubung 1MDB supaya ditutup.
Ini kerana telah didapati bank itu melanggar akta pengubahan wang haram dan  pengawasan operasi pengurusan bank yang lemah dan salah laku keterlaluan oleh beberapa kakitangan bank yang melibatkan dana daripada  1MDB.
 0

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.