Saturday, August 27, 2016

Penganjur Tangkap MO1 Hilangkan Diri Selepas Perhimpunan



KUALA LUMPUR: Penganjur utama himpunan #Tangkap MO1, Anis Syafiqah menghilangkan diri sejurus selepas perhimpunan berakhir jam 4.30 petang tadi, sekali gus mengagalkan usaha media mendapatkan responnya berkaitan acara itu hari ini.

Walaupun sebab dia berbuat demikian tidak diketahui namun seorang sumber yang enggan mendedahkan namanya akui ia sebahagian rancangan penganjur, bagi mengelak sebarang tangkapan.

“Amaran awal polis kepada penganjur menyatakan tiada kebenaran diberikan untuk peserta berhimpun di dataran.

“Perhimpunan yang berlangsung selama hampir tiga jam mendapat sambutan yang lebih baik dengan 2,000 peserta mengatasi jangkaan pengkritik iaitu beberapa ratus.

“Satu-satunya individu yang tidak hadir walaupun kehadirannya yang disebut-sebut adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Ketiadaan beliau, bagaimanapun tidak membawa kekurangan kepada acara itu yang jelas berjaya di mata para peserta.

“Ia pasti menjadi baik jika dihadiri beliau (Dr Mahathir) kerana kehadirannya akan menjadi tanda sokongan terpenting bagi pergerakan pelajar,” kata peserta perhimpunan, Muhammad Azli Amzah, 21.

"Tetapi kita berkumpul di sini atas satu sebab dan ia adalah untuk menuntut penangkapan individu misteri ‘MO1’. Saya rasa kami menghantar mesej ke seluruh dunia melalui perhimpunan hari ini,” tambahnya.

Walaupun peserta mengakui perhimpunan tersebut berjaya dengan memastikan ia diadakan secara aman, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainol Samah berkata di sebaliknya.

Dalam temubualnya dengan FMT, beliau berkata perhimpunan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di sekitar pusat bandar, mengganggu hak pengguna jalan raya.

Katanya, polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana peserta perhimpunan yang tidak mematuhi undang-undang.

“Perhimpunan #TangkapMO1 tidak sah tetapi agenda utama hari ini adalah untuk memastikan keselamatan orang ramai sepanjang perhimpunan tersebut.

“Selepas itu kita akan melihat kesannya dan mengambil tindakan di bawah Akta Perhimpunan Ama dan kesalahan lain yang mungkin dilakukan semasa perhimpunan,” katanya.

Penganjur perhimpunan sudahpun diberi amaran polis supaya tidak berkumpul di Dataran Merdeka kerana tiada kebenaran diberikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 

- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.