Wednesday, August 3, 2016

Punca Pegawai Kanan Di Pejabat Peguam Negara Bertukar Terbongkar?

Punca Pegawai Kanan Di Pejabat Peguam Negara Bertukar Terbongkar? Pelantikan bekas Timbalan Peguam Cara Negara I Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah sebagai pesuruhjaya kehakiman semalam menandakan seorang lagi pegawai kanan yang dikatakan rapat dengan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail meninggalkan pejabat peguam negara.

Sebelum ini, pada April lalu, Peguam Cara Negara Datuk Azailiza Mohd Ahad memilih persaraan awal manakala bekas ketua divisyen pendakwaan, Datuk Abdul Wahab Mohamed meninggalkan pejabat peguam negara pada Disember lalu.

Punca Pegawai Kanan Di Pejabat Peguam Negara Bertukar Terbongkar? Pergerakan itu dilaporkan berlaku selepas Tan Sri Mohamed Apandi Ali menggantikan Gani sebagai peguam negara pada 28 Julai tahun lalu.

Apandi hadir semalam apabila Tun Abdul Majid dan peguam Azmi Abdullah, 49, mengangkat sumpah sebagai pesuruhjaya kehakiman di hadapan Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Kedua-dua mereka akan berkhidmat di mahkamah tinggi di Semenanjung Malaysia.

Tun Majid, 55, adalah bekas ketua pendakwa di pejabat peguam negara sebelum jawatan terakhir sebagai timbalan peguam cara negara I.

Beliau telah mengendali dan mengetuai pihak pendakwaan dalam beberapa kes berprofil tinggi, termasuk perbicaraan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu hingga kes itu berakhir di mahkamah persekutuan.

Punca Pegawai Kanan Di Pejabat Peguam Negara Bertukar Terbongkar?


Beliau juga mengendalikan perbicaraan kes Zon Bebas Pelabuhan Klang membabitkan bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik.

Awal tahun ini, Tan Sri Ali Hamsa, selaku Ketua Setiausaha Negara, mengesahkan bahawa bekas Peguam Cara Negara, Azailiza memilih untuk bersara awal daripada pejabat peguam negara.

Ini berlaku walaupun terdapat spekulasi bahawa beliau memilih untuk persaraan awal selepas dikatakan akan dipindahkan ke jabatan kerajaan lain.

Azailiza, dilantik sebagai Peguam Cara Negara pada 1 Nov 2014 dan meninggalkan jawatannya itu pada 8 April ini.

Tempat beliau digantikan oleh Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek.

Sementara itu, bekas ketua divisyen pendakwaan, jabatan peguam negara, Abdul Wahab kini berkhidmat di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, selepas dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 15 Disember lalu.

Penggantinya adalah Datuk Zauyah Be Loth Khan, bekas penasihat undang-undang negeri Selangor.


Punca Pegawai Kanan Di Pejabat Peguam Negara Bertukar Terbongkar?


Tidak lama selepas Apandi mengangkat sumpah sebagai peguam negara pada tahun lalu, Jessica Gurmeet Kaur, seorang pegawai di pejabat peguam negara, menyaksikan kontraknya ditamatkan dan diancam dengan pengusiran.

Beliau adalah sebahagian daripada pasukan petugas khas bagi menyiasat 1MDB - terdiri daripada pegawai polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara.

Pasukan itu kemudiannya dibubarkan.

Punca Pegawai Kanan Di Pejabat Peguam Negara Bertukar Terbongkar? Beliau, bersama dengan bekas penasihat SPRM Rashpal Singh, telah disiasat berhubung kebocoran kertas pertuduhan yang dikatakan untuk mendakwa perdana menteri.


Jessica kemudiannya digantikan oleh Datuk Dzulkifli Ahmad, dalam sekretariat pasukan petugas khas itu. Dzulkifli sekarang adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM.

1 comment:

  1. setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang EYANG WORO MANGGOLO katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama EYANG WORO MANGGOLO
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak EYANG
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI EYANG WORO MANGGOLO 0823-9177-2208
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi EYANG tidak perna meleset
    saya jamin EYANG WORO MANGGOLO tidak akan mengecewakan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.