Tuesday, September 13, 2016

1MDB kena bayar bunga RM2.7 bilion setahun – Husni

datuk-seri-ahmad-husni-hanadzlahdatuk-seri-ahmad-husni-hanadzlah
Kementerian Kewangan menyatakan syarikat pelaburan 1Malayia Development Berhad (1MDB) membayar bunga berjumlah RM2.7 bilion setahun kepada bank untuk melunaskan hutang berjumlah RM42 bilion yang terkumpul sejak enam tahun lalu.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata sewaktu menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin di Dewan Rakyat hari ini.
“Jika jumlah hutang tersebut adalah RM42 bilion, jumlah bunga adalah RM2.4 bilion hingga RM2.7 bilion setahun,” katanya dipetik Astro AWANI.

Ahli Parlimen itu mengemukakan soalan tentang jumlah bunga yang perlu dibayar oleh 1MDB sebulan untuk melunaskan hutang yang ditanggung syarikat itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.