Friday, September 30, 2016

Umat Islam Malaysia Berkelahi ? Berat Dah Najib Ni ……

Menakjubkan ! Satu artikel khas dari Najib hanya untuk mengkritik Tun Mahathir.. hahaha … Tajuknya mengenai perpaduan umat Islam ( sempena hari Jumaat kot ) dan Najib menuduh Tun Mahathir sebagai punca perpecahan umat Islam ! Jom layan dulu … pendek jer.
Seorang pemimpin Islam sebenarnya mempunyai tanggungjawab berat dalam menyatupadukan umat.
 
Saya sangat berpegang kepada prinsip ini kerana ia merupakan seruan di dalam kitab suci Al-Quran.
Allah SWT berfirman, “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah bercerai-berai dan berselisihan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata dan mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar.” Surah Al Imran, Ayat 105.
 
Jelas di sini bahawa kita sebagai umat Islam adalah bersaudara. Kerana itu, saya cuba berbaik-baik dengan parti yang majoriti ahlinya orang Islam walaupun cara politik mungkin berbeza.
 
Malangnya, terdapat seorang pemimpin lama yang menyukarkan usaha ke arah perpaduan umat dilaksanakan. Sepanjang pentadbirannya, orang Melayu Islam di negara ini pecah kepada tiga parti atau kumpulan.
 
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
 
Kini, selepas beliau bersara, beliau pecahkan lagi kepada lima dengan menubuhkan sebuah parti baru. Tabiat beliau ini, suka berkelahi, bersikap hipokrit, sekejap memfitnah orang lain, kemudian berbaik-baik.
 
Inilah yang mengakibatkan orang Islam di negara ini begitu sukar untuk bersaudara. Beliau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya sedangkan beliau sendiri tidak terlepas daripada tuduhan seperti pernah dipanggil kepala perompak tetapi semua orang tahu bahawa saya bukanlah orang yang pertama beliau aniayai.
 
Ramai yang pernah menjadi mangsa beliau dahulu dipungut balik demi politik pada waktu-waktu tertentu.
 
Saya dengan penuh rasa rendah diri menyeru kepada semua sudah-sudahlah kita berkelahi. Marilah kita kembali bersaudara dan membentuk umat yang kuat dan berjaya.
 
Sekian sahaja dari saya.
1 – Pertamanya mengenai Perpaduan Umat. Adakah Najib ini keliru antara Politik dengan Perpaduan ? Menyamakan kehadiran beberapa parti politik sebagai menunjukkan umat Islam berpecah kepada beberapa kumpulan ? Politik adalah politik. Tidak ada kaitannya dengan perpaduan. KECUALI mereka yang tidak faham apa itu politik. Adakah Najib tidak faham apa itu politik ?
2 -Kenapa kaitkan kritikan Tun Mahathir kepada PERIBADI NAJIB dengan persaudaraan Islam ? Atau kritikan Tun kepada kepimpinan Umno yang mempertahankan kemungkaran Najib dengan persaudaraan Islam ?
3 – Apakah salah tindakan Tun Mahathir mahu berbaik2 kembali dengan mereka yang pernah beliau kritik dulu ? Bukankah itu yang dituntut oleh Islam ? Atau hanya Najib saja yang berhak untuk berbaik2 dengan musuh politik tapi Tun tidak boleh ? Sekali dah kritik, maka selamanyalah tidak boleh berbaik semula ? Pelik cara Najib ni fikir …..
4 – Adakah umat Islam sekarang ini berkelahi ? Najib ni masih berada di alam lain kot …. alam di mana adalah satu perkara biasa kalau ketua kabilah arab derma RM2.6 bilion kepada ketua kabilah lain.
Saya tidak nampak umat Islam kita berkelahi ? Politik, politiklah. Mana ada berkelahi ? Kecuali mereka yang takut kehilangan kuasa politik itu yang sengaja mahu kaitkan isu2 persaudaraan umat dengan politik. Atau mereka yang sengaja mahu kaitkan isu2 perkauman dengan politik.
Mereka ini terpaksa bergantung kepada isu2 perkauman dan agama demi survival politik mereka. Kalau atas dasar kekuatan sendiri, mereka dah hancur ! Maka ditakut2kan umat Islam dengan pelbagai ancaman perkauman dan agama sekiranya mereka hilang kuasa politik.
Kalau Najib turun dari jawatan PM – Adakah umat Islam akan berkelahi ? Tidak kan …. orang yang ganti jadi PM tetap juga orang Melayu Islam. Itu dijamin oleh Perlembagaan dan tertakluk kepada kuasa YDP Agong.
Kalau Umno tidak lagi jadi kerajaan, apakah umat Islam akan berpecah belah ? Tidak kan …. sebab yang bakal menguasai parti yang ambilalih tetap juga dikuasai oleh orang Melayu Islam.
So Najib ni cakap apa ?
Oya, apa yang diharapkan oleh seluruh umat Islam adalah penjelasan dari Najib mengenai segala pertuduhan yang dilemparkan oleh Tun Mahathir terhadapnya . ADA NAJIB JAWAB ?
Semua pertuduhan itu adalah bersifat PERIBADI NAJIB.
Najib laki bini dan anak tiri BOROS. Najib laki bini dan anak tiri SONGLAP DUIT. Najib salahguna kuasa sebagai PM menghalang proses keadilan dari berjalan telus.  Ada Najib jawab semua itu ?
Adakah melalui perpaduan umat Islam maka isu2 kemungkaran Najib akan selesai ? Adakah melalui perpaduan dengan sendirinya isu2 1MDB akan terjawab ?
Kepada Najib …. janganlah di heret orang Melayu dan umat Islam dalam masalah peribadi anda ! Jadilah anak jantan … sekali ni pun cukuplah, dan berhadapanlah menjawab segala persoalan yang ditanya bukan saja oleh Tun Mahathir tapi juga oleh seluruh rakyat.
Jadilah seorang pemimpin yang bertanggungjawab.
Sekali lagi kita ingatkan Najib – Umat Islam di negara kita TIDAK BERKELAHI ! Jangan memandai2 nak cetuskan persepsi negatif akan sesuatu yang tidak wujud.
Umat berkelahi itu hanya wujud dalam minda Najib dan para balaci dan macai. Yang kita tahu, umat Islam kita elok2 jer …. kita semua SEPAKAT menanggung GST bersama umat2 lain juga. Kita juga SEPAKAT menuntut Najib tampil bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.