SeaDemon Says
Semalam, ketua songlap negara menyatakan bahawa pengambilan BR1M adalah merupakan suatu perbuatan rasuah dan adalah salah di sisi undang-undang.
Umum tahu walaupun pemberian BR1M itu bukankah suatu jumlah yang besar buat setiap individu namun sedikit-sebanyak ianya membantu menampung perbelanjaan terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah.
Sebelum ini, subsidi yang dikeluarkan okeh kerajaan dinikmati oleh setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kemampuan dan adalah merupakan suatu sistem yang kurang adil.
Setelah banyak subsidi dihapuskan, simpanan yang diperolehi kerajaan diberi kepada golongan sasar dalam bentuk BR1M dan lain-lain kemudahan.
Syarikat-syarikat besar yang selama ini mengelak dari pembayaran cukai pendapatan dengan cara mengaburi jumlah jualan kini tidak dapat lari dengan adanya GST. Kutipan GST juga membantu kerajaan mengalihkan punca pendapatan yang terlalu bergantung kepada industri minyak dan gas.
BR1M yang berjumlah RM5.3 bilion telah membantu seramai 7.4 juta orang dari golongan sasar. Jumlah tersebut juga telah membantu pacuan ekonomi melalui suntikan aliran tunai yang dibelanjakan oleh penerima BR1M.
Tidak hairanlah apabila kerajaan Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan bantuan kewangan a la BR1M kepada golongan sasar di negara tersebut bagi membantu memacu ekonomi negara tersebut.
Arab Saudi juga telah mengambil langkah yang sama seperti Malaysia dengan menghapuskan subsidi dan memoerkenalkan skim bantuan kewangan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Adakah ini bermakna kerajaan Arab Saudi juga mengamalkan pemberian rasuah? Sudah tentu kenyataan ketua songlap negara itu menghina bukan sahaja kerajaan kedua-dua negara malah menghina golongan yang amat memerlukan bantuan tersebut.
Mungkin otak beliau sudah mula mereput akibat lanjut umur. Sebab itulah orang yang berumur lebih rendah dari beliau lebih banyak menghabiskan masa beribadah sebelum lupa diri dan hidup sia-sia menambah dosa.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.