Tuesday, December 27, 2016

[VIDEO] Rafizi Dedahkan Beliau DImaki-hamun Oleh PAS

Husam tidak akan curi duit satu sen pun, jamin Rafizi 

Tiga kali Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengulang perkataan 'yakin' sebagai jaminan terhadap nilai kebertanggungjawaban pada pemimpin Amanah, Datuk Husam Musa jika diberi peluang menduduki jawatan Menteri Kewangan. 

"Saya masih yakin kalau diberi peluang Datuk Husam boleh jadi Menteri Kewangan yang terbaik. Yang paling penting jangan curi duit. 

"Datuk Husam yang begitu lama menjadi Ahli Parlimen, Exco dan orang kanan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Saya tidak nampak kedudukan beliau sebagai orang yang disebut-sebut mewarisi kerajaan negeri Kelantan disalahguna untuk kemewahannya. 


"Saya yakin kalau ada peluang Allah tentukan semuanya, beliau boleh jadi Menteri Kewangan yang baik kerana saya yakin beliau tidak akan curi duit satu sen pun," tegasnya dalam Ceramah Pakatan Harapan di Kota Bharu, 24 Disember lalu. 

Menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap kewujudan Amanah, Rafizi mengimbas kembali detik-detik penubuhan parti berteraskan prinsip Rahmatan Lil'Alamin itu. 

Beliau bersetuju dengan usaha penubuhan parti baharu Islam tersebut selepas mendengar penjelasan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang kini merupakan Naib Presiden Amanah. 

Sebelum itu, jelas Rafizi, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta beliau memujuk kumpulan pemimpin Pas yang digugurkan selepas muktamar di Kuala Selangor tahun lalu supaya menyertai PKR.

"Sahabat-sahabat kita baru sahaja dianiaya dan menjalani pembersihan etnik dalam Pas. Bila mereka masuk PKR mereka sudah tentu jadi kelas kedua. Tahap layanan kepada bekas pimpinan tidak sama dengan pimpinan PKR sedia ada,"
 ujarnya mengulang kembali respon Mujahid pada pertengahan tahun lalu. 

Berucap di Dewan Perniagaan Cina Negeri Kelantan itu juga, Rafizi mengakui dirinya adalah pemimpin PKR pertama yang menyatakan sokongan kepada Amanah malah sejak di peringkat Gerakan Harapan Baru lagi. 

"Saya orang pertama yang memegang jawatan kanan dalam PKR yang mengumumkan sokongan kepada Gerakan Harapan Baru dan hadir dalam jelajah Gerakan Harapan Baru dan saya akan masih kekal sokong Amanah selagi Amanah kekal dengan tujuan asal penubuhannya," tegas pengasas NGO Invoke Malaysia itu. 

Bahkan Ahli Parlimen Pandan berkenaan menyifatkan dirinya paling dibenci penyokong tegar Pas seperti yang dilihatnya pada kecaman yang diterima di media sosial. 

"Saya mungkin orang yang paling dibenci oleh orang yang keras sokongan kepada Pas. Kalau ikut ranking pimpinan, saya paling dibenci. Kalau tengok di FB (Facebook) saya, kalau bukan cybertrooper Umno dari Jasa yang maki hamun, selalunya Pas yang maki hamun saya," ujarnya. 

Rafizi turut menyatakan sikap beberapa pemimpin Pas ketika Langkah Kajang dahulu adalah punca kepada apa yang berlaku pada blok pembangkang pada masa ini

"Saya telah terangkan dari dulu, bermula dari wajah sebenar beberapa pemimpin Pas. Bukan salah saya mencadangkan beberapa perkara kalau perkara itu ditangani dengan penuh hikmah bukannya dengan penuh kasar, sudah tentu blok pembangkang tidak dalam keadaan sekarang," ujarnya lagi. -MD 


Rafizi mahu Hadi jawab tentang kerjasama Umno

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli secara terbuka mempersoal sikap kepimpinan Pas yang mengambil pendekatan berbaik-baik dengan Umno ketika rakyat dibebani dengan pelbagai masalah ekonomi.

Berucap pada majlis makan malam anjuran Amanah Kelantan di Dewan Perniagaan Cina negeri di Kota Bharu, beliau berkata, soal kerjasama seperti dianjurkan Islam sebenarnya tidak termasuk dalam hal yang merosakkan.

"Saya nak Datuk Seri Hadi (Presiden Pas) jawab kalau Najib terus buat hutang, menyusahkan rakyat, menyebabkan harga barang naik, orang tiada kerja, cukai dan lain-lain, adakah terus membantu Datuk Seri Najib ataupun menasihati atau bekerjasama dalam hal-hal yang nampaknya baik dibawa oleh Umno, tidakkah itu perlu dibandingkan dengan kerosakan dan bahaya jauh lebih besar yang terhasil daripada kerjasama tersebut?

"Betul, Allah ingatkan kita bantu-membantu dalam perkara yang baik, tetapi dalam ayat sama kita juga diingatkan jangan kita bantu-membantu perkara yang tidak baik," tegasnya kelmarin.

Sekali lagi menyebut nama Hadi yang juga Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu, Rafizi mengingatkan semua parti politik tentang pentingnya keutamaan diberi kepada usaha menjatuhkan kepimpinan Najib Razak sebelum beban rakyat semakin bertambah.

"Dalam soal kita ada Perdana Menteri seperti Datuk Seri Najib yang hilang duit tiap-tiap hari ini, saya tanya pada semua, baik sama ada pimpinan Amanah, PKR, DAP, Bersatu bahkan Pas, yang mana satu keutamaan paling besar untuk kita mencari keredaan Allah?

"Hentikan mudarat yang paling besar itu atau terus biar kekal dia lebih lama di Putrajaya, kerana Datuk Seri Hadi kalau (biar) 10 tahun lagi, hutang kita melampau, ekonomi kita teruk, orang islam jadi mangsa dan hamba kepada riba dan pinjaman.

"Kalau nak beli kereta kena buat pinjaman sampai 15 tahun, sampai bunga riba itu sama dengan riba pokok, tidakkah kita juga menangggung dosa?"
 bidas Rafizi lagi.

Untuk rekod, Hadi sejak tahun lalu bersedia untuk sepentas dengan Najib yang juga Presiden Umno walaupun Ahli Parlimen Marang itu umum diketahui kerap ponteng dalam perbahasan sidang Dewan Rakyat.

Sikap Hadi yang dianggap pihak media pro Umno sebagai simbol perpaduan antara dua parti itu dapat dilihat apabila hadir pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 dan Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya awal bulan ini. 
-MD




ULASAN GB 

Sungguh jelas apa yang disampaikan oleh Rafizi. 

Pertama, Pakatan Harapan sudah ada calon Menteri Kewangan yang berwibawa. Namanya Husam Musa. Rafizi sudah pun memberikan keyakinan bahawa: 

"Saya yakin kalau ada peluang Allah tentukan semuanya, beliau boleh jadi Menteri Kewangan yang baik kerana saya yakin beliau tidak akan curi duit satu sen pun." 

Kedua, Rafizi menyatakan bahawa "Saya mungkin orang yang paling dibenci oleh orang yang keras sokongan kepada Pas. Kalau ikut ranking pimpinan, saya paling dibenci. Kalau tengok di FB (Facebook) saya, kalau bukan cybertrooper Umno dari Jasa yang maki hamun, selalunya Pas yang maki hamun saya," 

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa demikianlah sikap pemimpin, ahli-ahli dan penyokong tegar PAS. Memaki hamun merupakan wirid dan ratib mereka terhadap orang lain. Prof Dr. Muhammad Agus dan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin pun sebelum ini menjadi mangsa maki-hamun PAS. 


Malah pemimpin PAS sendiri yang bersuara lain saja sedikit akan terima padahnya seperti yang pernah berlaku ke atas ADUN Sri Cempaka, Iskandar Samad. 


Demikian akhlak yang dipaparkan oleh "para pejuang RUU355"! Malah sebelum ini GB pernah mendedahkan bukan sekadar maki-hamun malah mereka bertindak ganas dengan insisden-insiden ugutan, ancaman dan sebagainya, sama akhlaknya dengan Jamal Tongkol. 

Ketiga, soalan Rafizi kepada Presiden PAS, Haji Hadi iaitu: 

"Saya nak Datuk Seri Hadi (Presiden Pas) jawab kalau Najib terus buat hutang, menyusahkan rakyat, menyebabkan harga barang naik, orang tiada kerja, cukai dan lain-lain, adakah terus membantu Datuk Seri Najib ataupun menasihati atau bekerjasama dalam hal-hal yang nampaknya baik dibawa oleh Umno, tidakkah itu perlu dibandingkan dengan kerosakan dan bahaya jauh lebih besar yang terhasil daripada kerjasama tersebut?

"Betul, Allah ingatkan kita bantu-membantu dalam perkara yang baik, tetapi dalam ayat sama kita juga diingatkan jangan kita bantu-membantu perkara yang tidak baik," tegasnya kelmarin.
 

Rafizi dipercayai merujuk kepada petikan dari surah Al-Maidah ayat 2: 

وَ تَعاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَ التَّقْوى‏ وَ لا تَعاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَ الْعُدْوانِ وَ اتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَديدُ الْعِقابِ
Dan tolong- menolonglah kamu dalam ( mengerjakan ) kebaikan dan takwa,
dan jangan tolong- menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.
Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.

Masalah yang berlaku kini, PAS mendakwa hanya di dalam partinya ada ulamak, yang lain tidak, hanya partinya yang akan masuk syurga, yang lain tidak.. dan menganggapkan partinya itu sebagai "agama", parti lain semua sekular belaka, sedangkan PAS sendiri ditubuhkan di bawah sistem sekular. 

Indoktrinasi "parti sebagai agama" ini menyebabkan ketaksuban melampau di kalangan para ahlinya sehingga mencetuskan sikap dan tindakan melampau gaya ISIS tetapi melenting ke langit apabila dikatakan demikian kepada mereka! 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.