Friday, January 27, 2017

KENYATAAN PUAN NORAIHAN BINTI CHE ALI BERHUBUNG LAPORAN POLIS YANG DIBUAT OLEH DATUK BAHRI MOHAMAD ZIN

Noraihan
1. Saya menerima baik berita mengenai laporan polis yang telah dibuat oleh Datuk Bahri Mohamad Zin minggu lepas yang mendakwa bahawa saya telah membuat laporan polis palsu.
2. Saya telah membuat dua laporan polis terhadap perlakuan Datuk Bahri dan isterinya, Noor Haslina Abdullah iaitu pertama kali di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pada 21hb Februari 2016 manakala laporan kedua di atas perkara yang sama telah dibuat di Balai Polis Presint 7 Putrajaya pada 1hb Mac 2016.
3. Saya difahamkan bahawa isteri Datuk Bahri lah yang menjadi pengadu yang membuat laporan terhadap saya di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Repot Nombor IPJ/RPTNO/0011/2016.
4. Laporan kepada SPRM ini telah dibuat dengan niat yang jahat menuduh saya memalsukan tandatangan Allahyarham suami saya.
5. Datuk Bahri juga telah dilaporkan mengatakan bahawa operasi SPRM untuk menggeledah rumah dan pejabat saya telah diketuai oleh pegawai lain dan bukan oleh beliau sendiri.  Walau bagaimanapun, beliau sepatutnya tahu bahawa pegawai yang menjalankan penggeledahan tersebut datangnya dari Bahagian Operasi Khas SPRM yang mana ketua bahagian tersebut adalah merupakan diri beliau sendiri ketika itu. Saya sertakan dua helai dokumen sebagai bukti.
6. Sepertimana yang ditunjukkan di laman web SPRM, Bahagian Operasi Khas telah ditubuhkan pada 1hb April 2010 untuk menyiasat kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam.
7. Saya tuntut daripada pihak-pihak Datuk Bahri, SPRM dan juga PDRM untuk menjelaskan di manakah dalam kes perebutan harta pusaka yang mana mengikut hukum agama Islam menjadi hak isteri dan anak Allahyarham menjadi suatu kes kepentingan awam berprofil tinggi hingga memerlukan penglibatan Bahagian Operasi Khas SPRM untuk mengetuai siasatan?
8. Saya juga berbesar hati sekiranya Datuk Bahri, mahupun pihak SPR dan PDRM boleh menjelaskan apakah hasil siasatan Bahagian Operasi Khas SPRM terhadap saya dan kenapa dokumen-dokumen berkenaan peninggalan harta Allahyarham suami saya  yang dirampas oleh mereka dalam serbuan lebih setahun lalu di rumah dan pejabat saya masih hingga kini tidak dipulangkan?
9. Saya ingin mengulangi kenyataan oleh peguam saya Yang Berbahagian Dato’ Ahmad Zaharil bin Muhaiyar bahawa kes ini merupakan kes perebutan harta pusaka Allahyarham suami saya kerana kononnya terdapat satu wasiat yang telah dibuat oleh suami saya dan dikemukakan oleh pihak Noor Haslina binti Abdullah dengan menamakan ahli keluarganya sebagai waris yang sah sambal mengenepikan saya serta anak lelaki saya.
10. Noor Haslina telah secara senyap memfailkan surat wakil kuasa harta pusaka di bawah nombor kes WA-32NCVC-463-03/2016. Sebaik sahaja saya mendapat tahu kewujudan saman pemula ini saya telah mengarahkan Dato’ Ahmad Zaharil untuk mengenepikan saman ini. Di atas kebijaksanaan beliau pihak Noor Haslina telah menarik balik saman pemula tersebut dalam suatu prosiding mahkamah pada 26hb Januari 2017.
11. Perbuatan memfailkan saman pemula dan permohonan surat wakil kuasa serta penarikan balik saman pemula di atas secara tergesa-gesa menunjukkan niat jahat Noor Haslina untuk menafikan hak saya dan anak sebagai balu dan anak yatim kepada Allahyarham suami saya.
12. Oleh itu ingin sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa kes ini adalah kes kekeluargaan dan bukannya satu kes berprofil tinggi yang menjadi kepentingan orang ramai.
13. Saya amat berharap agar laporan polis oleh Datuk Bahri ini akan mendorong pihak PDRM untuk mempercepatkan siasatan mereka terhadap perkara ini yang telah menyebabkan saya serta keluarga hidup dalam ketakutan dan kesedihan yang amat sangat selama lebih satu tahun yang berlalu.
14. Saya hanya mahukan keadilan buat saya serta keluarga yang telah dibelenggu oleh mimpi buruk sejak kematian Allahyarham suami saya.
Sekian.

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...




    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.