Felda memutuskan untuk menjual aset di luar negara yang tidak menjana keuntungan bagi meningktkan aliran tunai
KUALA LUMPUR: Felda melantik sebuah firma berpusat di London untuk membuat penilaian bagi penjualan asetnya di ibu kota Britain itu.
Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata firma itu kini dalam peringkat awal menilai aset yang akan dijual seperti diumum sebelum ini.
“Apabila penilaian telah dibuat, kita akan balik semula kepada lembaga dan tawaran akan dibuat secara tender terbuka pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Felda dengan Open University Malaysia (OUM) di sini hari ini.
Sebelum ini Shahrir berkata Felda memutuskan untuk menjual aset di luar negara yang tidak menjana keuntungan bagi meningkatkan aliran tunai.
Antaranya aset yang akan dijual ialah hotel di London kerana nilainya dikatakan mengalami penyusutan mendadak. -Mkini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.