Monday, February 27, 2017

Gelar kami ‘mak nyah’, tetapi bukan ‘pondan’

Melabelkan golongan transgender sebagai 'pondan' sama seperti menggunakan perkataan 'orang cacat' kepada OKU yang dianggap tidak beretika.
transgender
fmt-ohsem-inside-article1Berita seorang transgender, Sameera Krishnan mati dalam keadaan menyayat hati di Kuantan, minggu lalu, ternyata perbuatan tidak berperikemanusiaan.
Tetapi, lebih menyakitkan ialah gelaran yang diberikan kepada mangsa oleh sesetengah media dalam laporan mereka.
Wajarkah mereka dilabel “pondan” dan “mak nyah”? Atau ada perkataan lebih sesuai?
pondan-bm
Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), “pondan” adalah gelaran bagi lelaki yang suka berpakaian dan bersolek seperti wanita.
Adakah ia termasuk pelakon dan penggiat seni yang berpakaian serta bersolek untuk kelihatan seperti wanita atas sebab hiburan?
Dari segi bahasa, memang tidak salah menggunakan perkataan itu memandangkan DBP sendiri “menghalalkan” perkataan itu.
Mak nyah ialah gelaran yang diberikan kepada transgender yang dilahirkan sebagai lelaki, tetapi mereka berfikiran dan berperwatakan wanita, ibarat “seorang wanita yang terperangkap dalam badan lelaki”.
pondan-english
Persoalannya, lelaki yang berpakaian, bersolek dan bertindak seperti seorang wanita mahu diri mereka digelar sebagai apa?
Menurut aktivis dan transgender, Sharan Manthira Naidu, golongan transgender lahir sebagai wanita, tetapi mereka terperangkap dalam tubuh lelaki.
“Maknanya, otak dan minda tidak sama dengan jantina mereka. ‘Khunsa’ pula ialah terma berbeza merujuk mereka yang lahir dengan 2 alat kelamin,” ujarnya.
Sharan mengakui masyarakat wajar dididik mengenai kewujudan pelbagai jenis manusia supaya orang ramai lebih sensitif dan beretika ketika menggelar mereka.
Pengguna media sosial menyuarakan kekesalan terhadap gelaran “pondan” khususnya dan “mak nyah” kerana ia tindakan tidak bermoral dan beretika, lebih-lebih lagi dalam laporan media massa.
Aktivis, Nisha Ayub berkata, label “pondan” merendahkan maruah golongan transgender dan mereka sama sekali menentangnya.
pondan3
“Mak nyah masih boleh diterima dan ia diperkenalkan komuniti trans Melayu. Transgender adalah perkataan payung untuk semua, kumpulan transeksual, transvestites (pondan), golongan cross dress dan ‘drag queen’,” kata Nisha Ayub.
Masih tidak jelas? Beginilah, “pondan” sama seperti perkataan “orang cacat” yang dianggap tidak beretika, sebelum digantikan dengan “orang kurang upaya” dan kini “orang kelainan upaya”.
Contoh lain seperti orang tua yang digelar warga emas; orang gila ditukar kepada individu menghadapi masalah mental dan orang buta disebut sebagai cacat penglihatan.
pondan-english-text
Bagi jurugambar professional yang bekerja di tempat berbahaya atau berisiko, Keow Wee Loong, menggelar golongan ini sebagai LGBT, “si cantik” atau “si jelita” bagi mengelakkan ketidakselesaan di kalangan mereka.
“Kalau saya seorang transgender dan orang lain panggil saya pondan, saya akan rasa disakiti. Sama seperti seorang kulit putih menggelar komuniti kulit hitam sebagai ‘niger’, hanya komuniti kulit hitam berhak menggunakan perkataan itu dalam kalangan mereka,” katanya.
Bagi penganalisis perniagaan yang juga transgender, Fazelyn Jaafar menyifatkan penggunaan pondan sebagai menghina, walaupun ia wujud dalam DBP.
“Kalau saya panggil seorang wanita sebagai betina dan lelaki sebagai jantan, anda selesa tak?” soalnya.
Diharapkan kematian transgender Sameera sedikit-sebanyak menyedarkan masyarakat terhadap cara melayan golongan itu melalui pelbagai gelaran yang diberikan kepada mereka selama ini. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.