Sunday, February 26, 2017

Hati-Hati, Lelaki Cina Akui Dua Tahun Berniqab



LELAKI Cina berniqab seolah-olah wanita muslim? Ini sesuatu yang pelik tetapi ianya benar-benar terjadi seperti yang dikongsikan seorang wanita di laman Facebooknya.

Menerusi perkongsian Fathiah Hamdan, dia mendakwa mengenali seseorang melalui laman sosial dan menganggap kenalannya itu adalah seorang wanita berdasarkan gambar yang dikongsikan.
Dengan berniqab dan memakai jubah berwarna hitam, Fathiah menyangka kenalannya itu adalah seorang wanita namun terkejut apabila lelaki Cina itu memperkenalkan dirinya.
“Semalam saya ada friend dengan satu akaun FB yang berniqab. First chat saya macam tak percaya dia boy (lelaki). Then tanya punya tanya, itulah jawapan dia,” tulisnya.
Hati-Hati, Lelaki Cina Akui Dua Tahun Berniqab
Hati-Hati, Lelaki Cina Akui Dua Tahun Berniqab
Hati-Hati, Lelaki Cina Akui Dua Tahun Berniqab
Hati-Hati, Lelaki Cina Akui Dua Tahun Berniqab
Hati-Hati, Lelaki Cina Akui Dua Tahun Berniqab
Hati-Hati, Lelaki Cina Akui Dua Tahun Berniqab
Hati-Hati, Lelaki Cina Akui Dua Tahun Berniqab
Menerusi perbualan berkenaan, lelaki tersebut mengakui sudah dua tahun iaitu sejak 2015 memakai niqab dan sering mengenakan niqab dan jubah ketika keluar.
Netizen menganggap tindakan lelaki itu mengenakan niqab adalah untuk mengelirukan orang ramai dan cuba mengambil kesempatan ke atas wanita di luar sana.
Lebih mengejutkan bukan sahaja lelaki Cina itu yang mengenakan niqab, malah ada beberapa lagi rakan lelaki yang mempunyai hobi yang sama sepertinya tampil mengenakan niqab untuk mengelirukan orang ramai.
“Memang menghina Islam, umpama mempermainkan hukum Allah jugak menyamakan pakaian lelaki dengan perempuan yang dibuat dengan buat untuk suka-suka oleh bukan Islam pulak tu. Takut nanti hukum Islam jadi bahan lawak ja,” tulis Ana Humairah.
Amalan wanita beragama Islam memakai niqab memang satu sunnah yang di amalkan oleh isteri Rasullulah SAW, malah, ramai juga wanita yang mengamalkan memakai niqab.


Bagi siapa yang memakai niqab untuk niat yang betul adalah digalakkan tetapi adalah sesuatu yang menyedihkan apabila ada pihak yang cuba menyalahgunakan niqab untuk tujuan yang tidak baik dengan mengelirukan orang ramai. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.