Wednesday, May 31, 2017

Menteri Kantoi!! Bukan Cuaca Sebabkan Harga Ikan Mahal Tapi Nelayan Naikkan Harga...



Kenaikan ketara harga ikan kembung di negara ini berlaku ekoran perubahan cuaca yang dianggap luar biasa, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Itu adalah jawapan Ahmad Shabery menjawab soalan Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar), Ahmad Shabery juga berkata keadaan itu menyebabkan berlaku kekurangan bekalan ikan berkenaan.

“Selalunya bulan Mac dijangkakan ikan kembung ada banyak, tetapi daripada apa yang kita pantau, sekarang ia belum naik.

“Ada (berlaku) kelainan dari segi pola cuaca, tengkujuh pun agak berbeza kali ini,” katanya di Dewan Rakyat dan dilaporkan kebanyakkan media pada 13hb Mac 2017.

Dan akhirnya terbukti jawapan itu hanyalah satu jawapan untuk memperbodohkan rakyat, bukan cuaca ataupun peraih yang menyebabkan harga ikan itu meningkat.. tapi Nelayan sendiri..

“Bukan orang tengah atau peraih yang mengaut untung lebih tetapi nelayan yang menaikkan harga ikan,” kata Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Perlis.

Baca laporan ni..

KUALA LUMPUR – “Bukan orang tengah atau peraih yang mengaut untung lebih tetapi nelayan yang menaikkan harga ikan,” demikian kata Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Perlis. 
Idris Saad berkata, kenaikan harga ikan tidak dapat dielakkan oleh nelayan khususnya nelayan pantai disebabkan tekanan kos hidup yang tinggi. 
Kehidupan nelayan di Malaysia dari dahulu sehingga hari ini masih mendatar dan jika harga ikan tidak dinaikkan maka kehidupan golongan nelayan semakin sukar. 
Katanya, berbanding nelayan laut dalam, pendapatan nelayan pantai tidak besar dalam lingkungan RM100 hingga RM200 sehari. Itu pun bergantung jumlah ikan yang berjaya dipukat. 
Kebiasannya dengan membawa balik antara 50 hingga 100 kilogram ikan, nelayan pantai hanya mampu meraih pendapatan bersih RM100 hingga RM200 sehari. Itu pun bergantung kepada cuaca. 
“Walaupun nelayan pantai masih mendapat subsidi minyak tetapi harga pukat dan jala pun naik. Perlu juga mengambil kira kos membaiki jala, penyelenggaraan bot yang perlu ditanggung serta gaji pekerja antara RM50 hingga RM70 sehari. 
“Di atas faktor-faktor itu, Idris berkata, harga ikan yang dijual atau ‘ditolak’ oleh nelayan kepada peraih tidak semurah dahulu. Tidak ada lagi ikan dijual RM3 sekilo sepanjang tahun. Memang tidak ada. 
“Kalau murah sangat, macam mana nelayan hendak hidup dalam keadaan semua kos naik. Walaupun harga ikan dinaikkan pun, mana ada nelayan pantai yang hidup senang, mewah jauh sekali. Kehidupan mereka masih mendatar,” katanya ketika dihubungi. 
Mengulas mengenai harga ikan, Idris mengakui kenaikan harga ikan termenung atau ikan kembung perut labuh (gelaran nelayan utara) mencecah RM16 hingga RM22 pada bulan lalu disebabkan harga yang dijual oleh nelayan adalah tinggi. 
Keadaan itu disebabkan musim tengkujuh yang menyebabkan bekalan ikan kembung itu berkurangan dan masa sama ikan berkenaan mendapat permintaan tinggi pada bulan tersebut. 
“Apabila nelayan yang turun ke kompleks (tempat jualan ikan) mendapati ikan itu kurang tetapi permintaan tinggi, maka harga yang ditawarkan dari RM12 hingga 14 sekilogram. Pada nelayan ia adalah bonus bagi mereka. Bukan selalu boleh jual mahal. 
“Peraih pula terpaksa beli walaupun mahal kerana ketika itu bekalan ikan kurang. Mereka pula terpaksa jual mahal selepas mengambil kira kos minyak, pengangkutan, ais dan pekerja. Jadi, apabila sampai kepada pengguna harga ikan tu jadi RM22 sekilogram,” ulasnya. 
Bagaimanapun, harga ikan kembung dan ikan-ikan biasa sudah kembali normal antara RM6 hingga RM8 sekilogram mengikut saiz. 
Ikan sardin dan ikan selayang pula hanya RM2 sekilogram berbanding RM6 sekilogram semasa musim tengkujuh. 
Bagaimanapun, ikan besar mula menyaksikan kenaikan dengan ikan siakap dari RM16 sekilogram), jenahak RM23 hingga RM25, tenggiri RM20 hingga RM25 sekilogram. 
Ikan terubuk yang berat mencecah 600 gram seekor kini mencecah RM70 disebabkan permintaan tinggi selepas ikan ini diborong oleh China dalam pasaran Myanmar dan Bangladesh. – MalaysiaGazette

Dah semua barang naik harga dan mahal, apa lagi pilihan yang Nalayan itu ada?.. mahu tak mahu terpaksalah juga naikkan harga..

Boleh dikatakan semuanya naik setelah GST dilaksanakan.. tapi dulu ada Menteri dari UMNO kata dan bagi jaminan barang akan turun harga kalau GST dilaksanakan.. kenapa tak turun pun ni?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.