DIFAHAMKAN berlaku kekecohan di Stadium Shah Alam, Selangor sebentar tadi di mana peminat-peminat berbaris panjang untuk membeli tiket perlawanan akhir bola sepak SEA Game 2017 antara pasukan Malaysia menentang Thailand.
Orang ramai dikatakan penat beratur sejak tengah malam tadi, untuk membeli tiket, namun setiap orang hanya dibenarkan untuk membeli 5 tiket. Mereka dikatakan mula menyerbu dan meruntuhkan pagar seterusnya menimbulkan kekecohan.
Jualan hanya 5 tiket yang dihadkan kepada setiap pembeli difahamkan bertujuan untuk mengekang aktiviti ulat tiket yang berleluasa selama ini, namun tindakan itu dikatakan telah menyebabkan ramai orang terpaksa beratur panjang di tengah-tengah panas terik, mengakibatkan kemarahan orang ramai.
Rakaman kekecohan itu tersebar di laman sosial dan WhatsApp. Kejadian itu memaksa para petugas keselamatan untuk bertindak mengawal keadaan. Di bawah ini video yang tersebar.
-milosuam
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.