Thursday, February 1, 2018

BENARKAH GAMBAR INI? MOHON KETUA PESURUHJAYA SPRM SEGERA TAMPIL BERI PENJELASAN

Telah beredar di media sosial sejak pagi tadi mengenai sekeping gambar seperti di bawah ini.
Jika diperhatikan betul-betul, kecuali kalau ada pelanduk benar-benar dua serupa, gambar berkenaan saling tak tumpah mirip wajah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad.
Difahamkan gambar berkenaan dirakam di Kuala Lumpur pada 28 Januari, iaitu Ahad yang lalu.
Benarkah gambar itu menunjukkan Dzulkifli telah menikah lagi satu?
Siapakah wanita bertuah yang telah berjaya mencuri hati beliau?
Apakah beliau menikah dengan wanita yang dikaitkan pernah mempunyai hubungan terlarang dengannya sehingga polis membuka kertas siasatan dan kemudian siasatan dipantau oleh sebuah pasukan petugas khas yang diumumkan penubuhannya oleh Peguam Negara, Apandi Ali?
Mungkin tujuan pihak yang menyebarkan gambar berkenaan adalah berniat baik, tambahan pula menikah dan berkahwin juga adalah perkara baik seumpama mendirikan sebuah masjid, maka ada baiknya Dzulkifli sendiri tampil memberi pencerahan berkenaan gambar yang sudah tersebar luas di media sosial itu.
Kalau betul beliau sudah berkahwin lagi, mengaku dan berterus-teranglah, sesuai dengan kedudukannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dipandang tinggi dan dihormati dalam masyarakat, maka tidak seharusnya beliau berahsia mengenai perkara baik yang dilakukannya.
Sudah tentu, bukan saja rakyat Malaysia ingin mengetahui kebenaran perkara itu, malah seluruh warga SPRM sendiri pasti teruja dengannya.
Jika tidak benar dan gambar berkenaan hanyalah fitnah, katalah juga dengan jujur dan penuh hemah. Jadi orang besar dan penting dalam masyarakat, memang tidak sunyi daripada tumpuan dan perhatian.
Yang penting, Dzulkifli perlu tampil berterus-terang dan jangan berdiam diri saja. Berdiam diri bukan pilihan dalam hal ini.
Apa pun, jika benar beliau telah menikah lagi satu, tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan, moga bahagia serta berkekalan hingga ke anak cucu.
– http://shahbudindotcom.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.