Tuesday, February 27, 2018

AMARAN DI PEKAN TANDA UMNO NAK BUAT KECOH, KATA DR MAHATHIR

AMARAN agar Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad tidak datang ke Pekan, kawasan Perdana Menteri Najib Razak  menunjukkan mereka mengaku untuk buat kecoh.
Dr Mahathir berkata penduduk di Pekan sedang menunggu beliau untuk menyambut kedatangannya itu.
“Pemimpin Umno Pekan itu buat pengakuan supaya (mereka dapat) buat kacau. Orang lain tak ada. Orang ‘dok’ (sedang) tunggu saya datang. Sekarang Umno kata (akan) berlaku rusuhan (daripada) Umno,” kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Petaling Jaya hari ini.
Beliau dijadualkan melawat orang Asli dan Peneroka Felda Chini di Pekan esok dalam siri lawatan rakyat beliau. Bekas perdana menteri itu tenang dan menegaskan tidak akan membatalkan lawatan tersebut.
“Apa nak takut saya tak boleh buat apa- apa tak bawa senjata, cuma bercakap sahaja,” katanya.
Malaysiakini melaporkan Umno Pekan memberi amaran kepada Dr Mahathir  supaya membatalkan lawatannya ke kawasan itu petang esok kerana penduduk tempatan tidak berpuas hati dengan beliau kerana “berbohong kepada peneroka” ketika menjadi perdana menteri.
“Saya fikir lebih baik sekiranya program itu dapat dibatalkan, ada masalah, akan ada pergaduhan
“Malah polis mengatakan lebih baik tidak adakan program ini,” kata ahli jawatankuasa Umno Bahagian Pekan Abdul Rahim Yahya seperti dipetik portal berita itu.
Rahim, yang juga ketua biro kebajikan Felda Umno Pekan, berkata penduduk tempatan tidak berpuas hati dengan Mahathir kerana “berbohong kepada peneroka” ketika menjadi perdana menteri.
“Dia berbohong mengenai pemberian saham dan pada akhirnya, peneroka tidak boleh mendapatkan saham mereka,” katanya.
Hari ini, The Malaysian Insight melaporkan yang permit polis untuk ceramah Dr Mahathir sudah diperolehi dan program itu tiada kena mengena dengan Felda kerana ia dilakukan di salah sebuah rumah penyokong PH.
– https://www.themalaysianinsight.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.