Monday, February 26, 2018

Before Quinoa What Were They Eating



This has been going viral:


Quinoa, sejenis bijiran yang didakwa sebagai lebih menyihatkan berbanding beras sebenarnya bukan makanan yang elok. 

Hasil kajian sekumpulan saintis dari Cuba telah berjaya membuktikan sejenis penyakit baru yang akan menyerang  mereka yang mengamalkan pemakanan quinoa secara berterusan. 

Berikut adalah antara simptom bagi penyakit itu yang telah dikenal pasti.

1. Melahirkan rasa takut terutama kepada isteri.

2. Mengakibatkan belitan pada lidah hingga menyukarkan untuk berkata benar (kalau menipu lidahnya akan berkeadaan normal).
 
3. Menyebabkan halusinasi yang membuatkan si pemakan berasa dirinya saja yang betul dan hebat.
 
4. Membuatkan tumbuhnya lebihan kulit pada muka - dipanggil sindrom muka tebal / muka tembok.
 
5. Menyebabkan tumbuhnya lebihan tulang pada tangan, apa yang dipanggil sindrom panjang tangan.
 
6. Mengakibatkan penyakit lupa yang kronik sehingga tidak tahu ada wang yang banyak masuk ke akaun sendiri, sebagai contoh.
 
7. Membuatkan kejangan pada otot paha sehingga pemakanannya akan kelihatan sering mengepitkan kaki.
 
8. Menyebabkan bibir kemerahan bagaikan digincu.
 
9. Selain dari rasa takut kepada isteri, ia juga menyebabkan rasa takut kepada orang tua yang berumur lebih 90 tahun.
 
10. Membuat seseorang itu hilang pertimbangan sehingga sanggup beri RM200 juta kepada sekumpulan lelaki berserban yang tidak berguna.

Disebabkan ini, para saintis tersebut menasihatkan agar tidak menjadikan quinoa sebagai makanan ruji. 

Kesemua simptom di atas adalah tanda² seseorang itu telah menghidap ACUTE KLEPTOCEMIA. 

Ia penyakit yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kebodohan yang berpanjangan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.