Friday, February 2, 2018

BN BAKAL HILANG EMPAT NEGERI?

SHAH ALAM – BN berkemungkinan hilang kuasa di empat negeri yang mereka kuasai kini.
Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, negeri BN yang akan jatuh adalah Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Kedah berdasarkan beberapa perkembangan semasa.
“Dalam kajian yang kita dapatkan, selain Selangor dan Pulau Pinang (kekalkan kuasa)… Pakatan Harapan (Harapan) berpotensi besar untuk memenangi keempat negeri berkenaan.
“Perkembangan ini dapat dilihat menerusi sambutan rakyat terhadap jelajah Harapan, dapatan culaan kita,  dan hasil perbincangan… ini menunjukkan petanda positif, jadi saya yakin empat negeri ini akan jatuh dalam PRU14 nanti,” katanya sesi siaran langsung di Facebook Sinar Harian, semalam.
Shaharuddin berkata, Pahang dan Sabah dilihat juga antara negeri yang  berpotensi besar untuk  Harapan memerintah negeri berkenaan selepas PRU14 nanti.
“Jangan disangka Pahang lubuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Walaupun banyak kawasan Felda namun respons rakyat di sana terhadap Harapan sangat positif.
“Begitu juga Sabah, gelombang ‘Sabah For Sabahan’ yang dibuat oleh Harapan dilihat sangat berkesan terutama kepada rakyat Dusun, Kadazan dan Murut,” katanya.
Pada PRU13, BN secara muktamad diumumkan kekal berkuasa, dengan majoriti yang berkurang,  Walau bagaimanapun, pakatan pembangkang ketika itu (Pakatan Rakyat)  memenangi undian popular buat pertama kali.
– Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.