Wednesday, February 28, 2018

Hampir 300 dihukum palsukan kad pengenalan

Razin-Abdullah

PUTRAJAYA: Seramai 296 orang ditahan dan dijatuhkan hukuman di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan–Peraturan Pendaftaran Negara 1990 berhubung isu pemalsuan kad pengenalan sejak 1 Januari tahun lepas, kata Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Mohammad Razin Abdullah.
Dalam kenyataan hari ini, beliau mengingatkan orang ramai tentang tanggungjawab memastikan kad pengenalan milik mereka dijaga dengan selamat bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan.
“Berdasarkan Peraturan 6, Peraturan–Peraturan Pendaftaran Negara 1990, setiap individu bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga kad pengenalan yang dikeluarkan oleh JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) dan mereka perlu membawa kad pengenalan tersebut pada setiap masa,” katanya.
Dalam usaha mengelakkan penyelewengan maklumat, katanya, JPN mempertingkatkan teknologi kad pengenalan yang memastikan maklumat dalam cip kad pengenalan tidak boleh dipinda dan hanya boleh dibaca dengan menggunakan alat pembaca kad atas kebenaran lisan atau pengesahan biometrik pemiliknya.
Beliau berkata JPN juga menyediakan platform semakan dan pengesahan maklumat individu yang menggunakan kad pengenalan bagi mengelakkan penipuan berlaku.
Antara perkhidmatan yang disediakan adalah melalui Sistem myIDENTITY bagi agensi kerajaan, Agency Link–Up System (ALIS) bagi badan berkanun dan Sistem Pengesahan MyKad (SPM) bagi sektor kewangan, -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.