Sunday, April 1, 2018

JIKA BEGITU, KENAPA UMNO TAK BUAT PROGRAM DENGAN KEHADIRAN 10 ORANG SAJA?

Barangkali kerana terganggu dengan jumlah kehadiran puluhan ribu rakyat dalam program-program Pakatan Harapan yang dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad, terbaru di Kedah dan Perlis sehari dua yang lalu, menteri pengampu, Salleh Said Keruak seolah-olah cuba mententeramkan rasa gundah gulana seluruh pimpinan UMNO, khususnya Najib Razak dengan mengatakan ramainya  yang hadir itu tidak menjamin undi yang banyak ketika PRU 14 nanti.
Katanya, jumlah besar yang hadir dalam ceramah Pakatan Harapan tidak bermakna mereka juga akan memperolehi undi yang banyak.
“Masalah dengan pembangkang ialah mereka selalu mengambil kira jumlah yang hadir dalam ceramah sebagai suatu bentuk undi, sedangkan perkara itu belum menjadi kenyataan lagi,” kata Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Memang tidak siapa menafikan bahawa kehadiran dalam ceramah bukan jaminan undi yang banyak, tetapi oleh kerana politik adalah perebutan berkaitan nombor, maka jumlah kehadiran dalam sesuatu program atau majlis adalah amat penting sekali.
Ia setidak-tidaknya memberi gambaran program atau majlis yang diadakan itu telah mendapat sambutan ramai.
Dengan hangatnya sambutan yang diterima, ia bukan saja dapat menaikkan semangat penganjur serta penceramah, bahkan mendorong mereka yang lain untuk turut hadir dalam program atau majlis yang akan diadakan selepas itu.
Dengan yang demikian, program-program yang diadakan akan sentiasa mendapat sambutan, sekaligus menyebabkan lebih ramai rakyat atau pengundi dapat mendengar penerangan berkaitan masalah negara, skandal pemimpin dan sebagainya.
UMNO sendiri pun sebenarnya begitu mementingkan jumlah yang ramai dalam program-program yang diadakannya, terutama jika melibatkan kehadiran Perdana Menteri.
Untuk itu, adalah perkara biasa – dulu, kini dan selamanya – bagi UMNO membayar upah, menyediakan bas, memberi duit tambang dan elaun makan untuk memastikan kehadiran yang ramai dalam program-program anjurannya.
Tidak cukup dengan itu, kadangkala pelajar sekolah, penuntut universiti, pegawai kerajaan, guru-guru dan peneroka Felda turut dikerah hadir semata-mata untuk mencipta berita palsu kononnya program yang diadakan itu  mendapat sambutan ramai dan pemimpin yang berucap begitu digila-gilakan oleh rakyat.
Oleh kerana Salleh Said Keruak sudah pandai memperlekeh kehadiran yang ramai dengan mengatakan ia tidak menggambarkan undi yang banyak, maka UMNO wajib berani berubah mulai sekarang.
Usah lagi menyediakan bas, membayar upah kehadiran, memberi elaun makan, duit poket dan sebagainya dalam mana-mana program UMNO, terutama yang dihadiri oleh Najib.
Biarkan saja mereka yang mahu hadir datang secara ikhlas dan sukarela serta tanpa paksaan.
Jika dengan kehadiran yang sedikit pun, seperti kata Salleh, UMNO masih boleh menang sebagaimana beberapa contoh yang ditampilkannya, buat apa membazir wang dan tenaga memaksa kehadiran yang ramai?
Cuba dalam dua atau tiga program yang dihadiri Najib selepas ini, biarkan misalnya hanya 10 atau 100 orang saja yang hadir memeriahkannya, kemudian kita sama-sama lihat, adakah terjamin BN mampu menang dengan keadaan itu dalam PRU 14 akan datang?
– http://shahbudindotcom.blogspot.co.id/

1 comment:

  1. ASS..WR.WB.SAYA PAK RESKY TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)
    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL
    angka;GHOIB: singapura
    angka;GHOIB: hongkong
    angka;GHOIB; malaysia
    angka;GHOIB; toto magnum
    angka”GHOIB; laos…
    angka”GHOIB; macau
    angka”GHOIB; sidney
    angka”GHOIB: vietnam
    angka”GHOIB: korea
    angka”GHOIB: brunei
    angka”GHOIB: china
    angka”GHOIB: thailand

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.