Thursday, May 31, 2018

CHEH…PENAKUT JUGA RUPANYA

Kalau dilihat lagak dan perbuatan Jamal Md Yunos selama ini, gambarannya seolah-olah beliau tidak takut kepada sesiapa.
Dia main “langgar” saja semua undang-undang dan peraturan. Undang-undang dan peraturan bagaikan terletak dalam tangannya.
Rupa-rupanya dia tidaklah seberani mana. Baru kerajaan bertukar, kecut hatinya nampak bukan kepalang lagi.
Kenapa takut untuk menyerah diri kepada pihak polis?
Sampai bila mahu menghilangkan diri?
Buat apa juga merayu-rayu kepada menteri agar dirinya tidak dizalimi atau dianiaya?
Siapa yang mahu menzalimi dan menganiayanya?
Kerja polis ialah menjalankan siasatan, bukannya menzalimi atau menganiaya sesiapa.
Tetapi, semakin beliau menghilangkan diri, semakin menyusahkan dirinya sendiri.
Dilaporkan kini ada enam waran tangkap sedang menantinya.
Nak lari ke mana lagi?
– http://shahbudindotcom.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.