Friday, June 1, 2018

GST sifar: Kastam terima 20 aduan pencatutan

Kastam akan menyiasat bil sebuah kedai minuman yang RM7 lebih mahal selepas GST sifar tapi pengurusan berkata masalah perisian bil punca kesilapan itu.
Ketua Pengarah Subromaniam Tholasy. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Kastam menerima 20 aduan pencatutan pada hari pertama GST sifar hari ini dan menjangkakan lebih banyak lagi aduan dalam beberapa hari ini.
Ketua Pengarah Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata pasukannya sedang melakukan pemeriksaan di lapangan tetapi langkah terbaik menangani masalah itu ialah orang ramai perlu perhatikan harga.
“Penguatkuasa kami turun padang bersama pasukan Kementerian Hal Ehwal Pengguna untuk memeriksa peniaga dan perkhidmatan seluruh negara.
“Tetapi kami perlu orang ramai buat aduan kepada kami atau kementerian untuk menghentikan pencatutan,” katanya.
Beliau mengulas gambar 2 resit daripada sebuah kedai minuman yang tular di media sosial.
Resit itu menunjukkan perbezaan 7 ringgit untuk sarapan yang sama pada 26 Mei, dengan GST 6%, dan hari ini, dengan GST 0%.
Dua resit daripada semuah sarapan menunjukkan ad perbezaan sebanyak RM7 walaupun seepas kadar GST menjadi sifar.
Pengurusan kedai memohon maaf dan berkata kesilapan itu akibat perubahan pada perisian bil dan meminta pelanggan kemukan bil mereka untuk dibetulkan.
Resit pertama pada 26Mei menunjukkan jumlah RM51.70 untuk makanan, jus dan kopi, serta termasuk caj perkhidmatan 10% berjumlah RM4.43 dan GST berjumlah RM2.23..
Resit kedua pada 1 Jun menunjukkan bil itu RM7 lebih mahal, iaitu pada jumlah RM58.30, termasuk caj perkhidmatan RM5.53 dan tidak termasuk GST.
Subromaniam berkata pasukannya bersama-sama pegawai kementerian sedang mengkaji aduan-aduan yang dibuat sebelum ini.
GST dikurangkan keapda kadar 0% ke atas semua barangan dan perkhidmatan sehinggalah kerajaan memperkenalkan cukai jualan dan perkhidmatan pada September. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.