Friday, June 29, 2018

Jika aset UMNO dijual, setiap ahli UMNO dapat RM10,000.

Image result for akaun UMNO disita (frozen)

Mula berita akaun UMNO disita (frozen).


Zahid: MACC frozen HQ and Selangor Umno's bank accounts
Zahid received call from MACC notifying him accounts frozen
MACC will freeze Johor Umno's account as well he said 


My comments : Katakanlah aset UMNO berjumlah RM30 bilion (RM30,000,000,000.00). Jika dipuratakan atas 3 juta ahli parti (3,000,000)  maka setiap ahli UMNO berhak menerima RM10,000 setiap seorang. 

Lebih elok UMNO membuat permohonan untuk dibatalkan pendaftarannya (deregistered) kemudian jual saja semua aset parti itu dan hasilnya diagihkan kepada tiga juta ahli parti itu.

Sebab UMNO sudah tidak mempunyai perjuangan lagi.  Perjuangan UMNO sekarang adalah duit semata.

Setakat ini dua ahli Parlimen UMNO dari Perak sudah melompat keluar daripada parti itu. Mereka selamat membuat landing dengan parachute di dalam negeri Perak juga. 

Saya dengar berita bahawa baru ini Shahrizat Jalil telah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir. Walaupun Shahrizat declare sudah bersara daripada politik, tetapi masih membawa influence. Pendek kata (bukan Rosmah kata ok) pengaruh Zahid Hamidi almost tidak ada kesan dalam UMNO. 

Boleh dikatakan lebih 50 daripada 54 ahli Parlimen UMNO tidak merasa kasih sayang atau cinta terhadap Zahid Hamidi.  Jika Zahid menang jawatan presiden pun ia tidak membawa sebarang makna sebab UMNO adalah parti politik wang duit.

Daripada awal lagi Babuji telah menyatakan bahawa HQ di pusat tidak ada duit lagi untuk disalurkan kepada bahagian dan cawangan. Sekarang pula MACC telah sita akaun bank UMNO. Maksudnya lagi kering lah keadaan kewangan sebuah parti yang lebih memerlukan duit daripada oksijen untuk hidup. 

Walaupun kaya raya dengan aset berbilion Ringgit atau beratusan juta Ringgit, kedua-dua Zahid dan Khairy tidak akan belanjakan satu sen pun daripada duit mereka sendiri untuk tujuan parti. Mereka sanggup membelanjakan sedikit duit untuk memenangi jawatan presiden sahaja.  Jadi, no money no UMNO.

Berkorban untuk perjuangan sudah terkubur daripada lebih awal lagi.  Sekarang segala-galanya 'money talks'. 

Maka kalau Zahid menjadi presiden parti pun, parti itu hanya rangka sahaja (empty shell) tetapi dengan aset berpuluh bilion (RM30 Bilion??). Lebih baik jual saja semua aset itu dan agihkan pulangannya kepada 3 juta ahli parti.  

Nak beri duit beli pau pun tak boleh. Akaun sudah kena beku. Nak pau orang pun tak boleh. Sebab UMNO sudah kalah 11 buah negeri (Sabah, S'wak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.)  Jadi UMNO is quite dead.  

Akhirul kalam : Kalau tak pandai jaga aset itu, nilai aset akan susut setiap tahun. Elok jual saja.  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.