Sunday, August 26, 2018

UTUSAN KECAM MENTERI-MENTERI NAJIB SEBAGAI PENGKHIANAT

Komen:
TONIK BERKESAN UNTUK PEMULIHAN
Anonymous26 August 2018 at 15:37
Saudara Zam,
Seperti yg saya harapkan, sekiranya Tun M mampu meruntuhkan “Mini Great Wall of China” tanpa berasa gusar dan takut maka “Tembok Besar Pemikiran UMNO Melayu” yg tersesat di era Cash is King harus diruntuhkan oleh Utusan Melayu dgn berkata benar…sebenar-benarnya aspirasi Melayu tanpa dirantai oleh ideologi UMNO yg bukan lagi wadah perjuangan Melayu yg tulen. Utusan Melayu kena berani mengekang ideologi2 sesat UMNO ala Cash is King drp meracuni minda Melayu yg semakin lemah dibuai oleh retorik2 elitis UMNO yg kini sudah semakin sesat.

Saya melihat sekiranya Utusan Melayu berjaya kembali ke landasan roh asal penubuhannya hatta dgn merangkak sekalipun akan bisa dipulihkan dgn sokongan orang2 Melayu yg masih sayangkan wadah keramat ini. Malah dgn membebaskan Utusan Melayu drp kongkongan UMNO dan berdiri atas dasar kebenaran akan menjadi tonik berkesan untuk memulihkan negara sekaligus kembali ke landasan Melayu sebenar yg sedang diperjuangkan oleh pejuang terakhir Melayu Tun M utk bekalan anak cucu kita. Sekiranya saya berkuasa di Utusan Melayu, perkara pertama yg saya akan lakukan ialah menemuramah Tun M dan berbai’ah kembali kepada kepimpinan beliau sebagai pejuang Melayu tiga zaman akan hala tuju yg dimahukan sekaligus menguburkan senjata pena UMNO yg memperalatkan Utusan Melayu demi survival elitis2 UMNO yg hanya memperkayakan diri sendiri. Saya yakin akan ada patriot2 usahawan Melayu yg akan menanam modal supaya Utusan Melayu kembali bernafas demi kesinambungan wadah pemikiran dan aspirasi Melayu terpelihara. Jgn lagi berdiri di atas modal yg ditanam oleh mana2 parti politik jika tidak mahu dirantai lagi.!
MENYELEWENG DEMI UNTUK SURVIVAL
Akhbar Utusan Malaysia yang tersuhur kerana menentang Tun Mahathir habis-habisan sebelum dan sesudah PRU 14 hari ini menunjukan sikap luar biasa  dengan U-TURN  apabila mengecam  keras  menteri-menteri yang tidak memberikan nasihat yang sepatutnya kepada Datuk Seri Najib semasa mereka  berada dalam kabinet  yang padahnya  membawa negara ini ke dalam longkang.
Awang Selamat  juga menuduh  pegawai-pegawai tinggi kerajaan  sebagai penderhaka kerana tetap membisu walaupun dikecam oleh Mahathir.
Dalam kecamannya itu Awang Selamat di Mingguan Malaysia hari ini berkata:
” Dalam kontek kedaulatan,Awang hairan di manakah Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Kewangan kedua,Abdul Rahman Dahlan Menteri yang menjaga Unit Perancangan Ekonomi,Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara dan Mohd Irwan Seriga Abdullah sebagai Keua Setiausaha Perbendaharaan dalam pentadbiran dahulu yang dikatakan membiarkan perjanjian berat sebelah dengan China sebagaimana dakwaan Dr.Mahathir?
“Kenapa membenaran pekara ini berlaku yang sepatutnya mereka memberi  nasihat untuk memastikan kepentingan dan kedaulatan negara tidak dikompromi dalam mana-mana perjanjian.Ini adalah Pengkhianatan kepada  negara sebenar-benarnya.
“Mereka perlu tampil memberi hujah menafikannya dan bukan terus membisu.
“Bagi Awang penderhakaan bukan sahaja mengangkat senjata tetapi juga pembelotan dalam kalangan pegawai tinggi kerajaan yang tidak mengambil langkah menyelamat dan mempertahankan kedaulatan negara.Kita tidak mahu pada akhirnya perjanjian yang melibatkan hutang berbilion-bilion riggit akan menyebabkan negara terpaksa berkompromi dengan negara asiing”.
Akhbar itu akhirnya menegaskan harapannnya agar keberanian Dr.Mahathir mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara ini dapat di contohi oleh semua ahli politik dan penjawat awam.
Tahniah kepada Pengarah Urusan  Melayu Datuk Aziz Shekh Fadhil  yang berani mengambil alih jawatan ketua pengarang dengan bantuan bekas Ketua Pengarang yang diketahui sebagai bekas orang kuat Anwar Ibrahim(bukanTan Sri Johan Jaafar) demi  untuk survival Utusan dan bukan untuk memukul terus  gendang perang  yang memasukan pasir dalam periuk nasi para wartawan dan pekerja Utusan.
SEMUGA ALLAH MENYELAMATKAN SUARA KERAMAT INI! AMIN
– http://zamkata.blogspot.com

2 comments:

  1. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of $250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

    ReplyDelete
  2. Awang Selamat pengkhianat yang sebenar.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.