Thursday, February 28, 2019

Patung 'Datok Gong' Di Surau Kerja Orang Gila Isim Rupanya..

Kronologi kejadian;

πŸ‘‰ Pada 19 Februari patung berhala 'Datuk Gong' diletakkan bersebelahan pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda. Patung itu ditemui kira-kira jam 4 petang oleh Siak, Mohd Yatim Omar, 64 tahun.  


πŸ‘‰ Satu laporan polis kemudiannya dibuat oleh wakil surau di Balai Pandamaran, Klang Selatan.

πŸ‘‰ Pada 22 Februari, sekali lagi insiden yang sama berlaku, dimana dua patung berhala saiz tapak tangan diletakkan di pagar pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda. Ia ditemui kira-kira jam 2.45 petang ketika salah seorang jemaah mahu menghadiri kuliah agama di surau berkenaan. 

πŸ‘‰ Siasatan awal kemudiannya mendapati patung Datuk Gong dimiliki olehCheong Lin Chai yang tinggal kira-kira 50 meter dari lokasi surau tersebut dan patung berhala itu diletakkan di luar rumah di hadapan pintu pagar utama dalam keadaan tidak berkunci. Patung itu telah dicuri dari pemiliknya dan Cheong mulai perasaan kehilangan patung itu kira-kira jam 4 petang.

Datuk Gong dianggarkan bernilai RM300. Mengikut cerita, sekitar abad 19, masyarakat cina menghormati melayu sehingga meletakkan elemen kemelayuan dalam Dewa Tanah. Dewa ni dipanggil ‘Datuk Gong’. Rata-ratanya memakai tengkolok dan ada yang memegang keris menyamai sultan dahulukala. 

Antara tujuannya ialah menyembah semangat sultan dulu-dulu dan untuk jadi kaya.
Makanan yang dihidangkan untuk Datuk Gong pun makanan halal. 


πŸ‘‰ Polis kemudiannya menasihati orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri dan mengelak dari menimbulkan rusuhan kaum. 

πŸ‘‰ Siasatan akhirnya mendapati perbuatan itu dilakukan oleh seorang duda empat anak. Duda itu mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan. Helmee Othman yang berusia 38 tahun itu mendakwa beliau arahan menerusi mimpi untuk melakukan perbuatan tersebut.


πŸ‘‰ Mahkamah kemudiannya memerintah suspek menjalani pemeriksaan psikiatri di hospital Tanjung Rambutan selama sebulan bagi mendapatkan kedudukan yang lebih jelas mengenai tahap kesihatan dan mentalnya. Suspek tiada rekod yang boleh mengesahkan beliau mengalami masalah mental. 

πŸ‘‰ Terdapat dakwaan suspek telah mengalami gila isim selepas belajar agama di negara jiran.

πŸ‘‰ Untuk berlaku adil, semasa insiden tersebut dilaporkan, agak ramai juga netizens muslims yang meletakkan kesalahan ke atas non muslims atas kejadian itu. - 28 Februari 2019. -sozcyili

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.