Tuesday, April 30, 2019

Zamri Vinoth Disiasat, Geng MAZA Tunjuk Perasaan Tak Puas Hati..

 

Selepas Zamri Vinoth ditahan dan disiasat pihak polis, beberapa kelompok agamawan dilihat lantang mempertikaikan tindakan itu. 

Meskipun secara berkias, Dr. Asri Zainal Abidin memulakan strateginya dengan satu status di Facebook yang mendapat perhatian ramai pihak.

"Ramai merasakan di bawah urus tadbir hari ini, Islam makin terancam di Malaysia. Apakah pendapat anda?," katanya di status itu. 

Di hantaran itu, kebanyakannya memilih menyokong MAZA.




Kemudiannya disambung pula oleh Ustaz Firdaus Wong dalam satu hantaran di dindingnya;

"Saya memuji tindakan pantas pihak berkuasa menyiasat laporan polis yang dilakukan terhadap sahabat pendakwah saya iaitu Zamri Vinoth. Andai beliau terbukti bersalah, saya sebagai Muslim tidak akan mempertahankan beliau kerana mempertahankan prinsip Islam dan undang-undang negara mengatasi individu. Namun andai beliau tidak bersalah, saya akan mempertahankan beliau.

Cuma ada beberapa persoalan yang timbul;

1) Kenyataan Zamri Vinoth manakah yang menghina Hindu? Kenyataan beliau yang mengatakan Hindu sembah 330 juta tuhan atau mengatakan Siva Lingam itu adalah kemaluan tuhan mereka?

2) Adakah Zamri berbohong dan mengfitnah agama Hindu ataupun apa yang beliau katakan itu adalah sesuatu yang ada asasnya? Jikalau berbohong maka itu sesuatu yang tak patut dilakukan seorang Muslim tetapi jikalau apa yang dikatakannya ada asasnya, maka apakah berkata sesuatu yang benar itu dikira menghina?

3) Zamri direman 4 hari setelah beberapa laporan polis tetapi bagaimana dengan P Waythamoorthy & P Ramasamy, M Kulasegaran?

4) Apakah umat Islam semakin tersepit dan terancam di Malaysia yang majoriti penduduknya adalah Muslim manakala ekstrimis agama dan bangsa lain saban hari menghina dan mengfitnah Islam & Muslim?

5) Sehingga hari ini P Waythamoorthy tidak pernah meminta maaf ataupun sekurang-kurangnya menarik balik kenyataan fitnah beliau kononnya Hindu dipaksa masuk Islam kalau mahu kerja di kerajaan dan juga tuduhan tuduhan liarnya yang lain?

6) Kematian Adib dalam serangan di kuil dan mereka yang terlibat masih bebas tetapi seorang pendakwah yang tidak membunuh sesiapa dan sekadar menceritakan pengalaman lampau sebelum Islam telah ditahan?

Beberapa persoalan yang timbul setelah berdiam diri beberapa hari ini bagi menganalisis perkembangan semasa dan melihat seolah-olah Islam semakin diancam gerakan ekstrimis agama Hindu.

Sentimen yang saya terima daripada masyarakat Muslim apabila berceramah di seluruh negara adalah Islam diperlekeh dan dihina malahan ramai yang memberitahu saya setelah kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan ambil alih, tindakan double standard di mana andai Muslim tindakan cepat dikenakan tetapi andai Non Muslim terutamanya ahli politik maka kes digugurkan atau tiada tindakan atau senyap.

Itu yang saya dengar dan terima dari orang ramai. Apa pendapat sahabat semua?," katanya.


Kenyataan ini pula dikongsikan sebanyak 7,200 kali di Facebook setakat petang 30 April 2019. 

Respon netizens;



Disebabkan hantaran itu, kerajaan kini dianggap telah melakukan pembulian ke atas umat Islam.

Di sosmed juga, ada pihak yang menyebarkan video ceramah Ustaz Zamri yang dituduh menghina penganut Hindu bagi membuktikan tindakan Ustaz Zamri tidak salah.

Ceramah itu dipercayai disampaikan pada tahun lepas, 30 Disember 2018.

Dalam rakaman itu Ustaz Zamri dipetik sebagai berkata, 

"Daripada kecik tuan-tuan, orang-orang macam kami ini, kami ada je fikir macam ada sesuatu yang tak kena dalam naluri kami. Ini saya percaya dikalangan orang bukan Islam yang lahir bukan Islam mesti dia rasa ada something wrong dengan agama dia. Saya pula sejak kecil, saya dok fikir, belah bapa Kristian, mak pula Hindu. 

Dan saya fikir, tidak mungkin tiga-tiga agama ini boleh jadi betul dalam satu masa yang sama. Mustahil. 

Sebab konsep ketuhanan dalam ketiga-tiga agama ini tak sama. 

Kalau dalam agama Hindu, agama Hindu ada banyak konsep Ketuhanan.

Konsep ketuhanan yang paling famous, tahu tak mereka percaya pada berapa Tuhan?

Cuba teka? Bagilah satu nombor. Rasa-rasa orang Hindu percaya pada berapa Tuhan? 5, sikitnya. 100, pun sikit. Dozen pun sikit. 

Sebab dorang percaya 330 juta Tuhan. Hah.. 

Saya pula dok fikir jika saya sembah satu tuhan satu hari sampai mati, tak habis ini," katanya. 

Ustaz Zamri juga mempertikaikan konsep menyembah batu.

"Dan pada saya ketika itu, saya tak bercakap bagi pihak orang-orang Hindu lain yang ada sekarang.

Tapi pada saya tuan-tuan, bila saya tengok, saya rasa macam tak logik langsung.

Kita sembah batu, dan bagi makan pada batu. 

Saya tak boleh terima. Saya tak boleh terima (rasa tak logik di akal),"jelasnya lagi. - sozcyili

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.