Sunday, June 30, 2019

Pasir Gudang: Susahkan rakyat, Najib desak Zuraida, Bee Yin letak jawatan

Dalam kejadian pagi tadi, 130 pelajar didapati mengalami gejala sesak nafas dan mual selepas sekolah dibuka semula, tetapi selepas saringan, 30 orang, termasuk 3 orang guru dirujuk ke Klinik Kesihatan Masai dan Pasir Gudang. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Dalam satu kenyataan keras hari ini, bekas perdana menteri Najib Razak menggesa menteri yang bertanggungjawab dalam insiden pencemaran udara di Pasir Gudang meletakkan jawatan.
Najib berkata, menteri bertanggungjawab dalam insiden berkenaan adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin dan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.
“Menteri KPKT dan menteri alam sekitar Pakatan Harapan (PH) yang pernah memberi jaminan bahawa Pasir Gudang sudah selamat patut bertanggung jawab. Letaklah jawatan. Jangan menyusahkan rakyat lagi,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Terdahulu, gangguan kesihatan berupa sesak nafas dan muntah-muntah kembali menghantui beberapa sekolah di kawasan Pasir Gudang, beberapa jam selepas sesi persekolahan bermula setelah semua sekolah di situ diarahkan tutup Selasa lepas.
Antara sekolah terjejas ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort, SMK Seri Alam Dua, SK Taman Pasir Putih, SK Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Plentong, SMK Taman Nusa Damai dan SK Taman Cendana.
Sekurang-kurangnya 3 ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Hospital Sultan Ismail dikejarkan ke sekolah berkenaan dipercayai untuk membawa keluar pelajar terbabit.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar dilaporkan berkata, pada awalnya 130 pelajar didapati mengalami gangguan kesihatan berkenaan, tetapi selepas saringan hanya 30 orang, termasuk 3 orang guru dirujuk ke Klinik Kesihatan Masai dan Pasir Gudang.
Jelas Najib, sepanjang 9 tahun beliau menjawat tugas sebagai perdana menteri, insiden melibatkan pencemaran udara tidak pernah berlaku walau sekalipun.
Sebaliknya kata beliau, sejak PH menawan Putrajaya dan mengambil alih pentabiran negara, insiden seperti ini sudah 3 kali berlaku, membuktikan pemimpin PH melakukan kerja secara sambil lewa hingga menggadaikan nyawa pelajar.
Najib berkata, kerajaan PH sebelum ini memberi jaminan bahawa pencemaran udara yang berlaku di kawasan Pasir Gudang sudah 100% dibersihkan, namun hari ini perkara sebaliknya berlaku kepada rakyat.
“Murid-murid sekolah terdedah lagi kepada gas toksik sehingga memerlukan rawatan kecemasan. Sekali lagi, ratusan sekolah diarahkan untuk tutup.
“Hari ini pula, baru 2 jam sekolah dibuka semula sudah lebih 130 murid dan guru yang sesak nafas dan perlukan rawatan kecemasan.
“Ada yang pengsan di depan mata wartawan yang membuat liputan pembukaan semula sekolah. Apa punya ‘bangang’ kerajaan PH ini?” katanya. - FMT

1 comment:

  1. Ya ya curi duit rakyat tak apa kan? Mangkuk hayun punya moron. Kalau bodoh dan kaki curi lebih baik duk diam-diam. Lagi bagus kalau mampus terus. Idup lu lagi kasi susah sama rakyat. Ini mcm punya lembu pun ada.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.