Saturday, June 29, 2019

Siapa conteng mural Adib?

a person standing in front of a building: LUKISAN mural Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di bawah jejambat berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam diconteng pihak tidak bertanggungjawab. FOTO ihsan pembaca© Provided by Media Prima LUKISAN mural Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di bawah jejambat berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam diconteng pihak tidak bertanggungjawab. FOTO ihsan pembacasiraj@hmetro.com.my
MURAL potret anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, yang dilukis di bawah jejambat berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam diconteng pihak tidak bertanggungjawab.
Kejadian itu disedari pengguna jalan raya yang melalui jejambat Bulatan Selangor, Seksyen 15, semalam sebelum ditularkan di media sosial.
Difahamkan, lukisan terbabit dilukis pada minggu lalu bagi memperingati jasa dan pengorbanan Muhammad Adib yang maut ketika menjalankan tugas dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, hujung tahun lalu.
Rata-rata pengguna media sosial juga melahirkan rasa kecewa dan marah dengan tindakan berunsur khianat berkenaan.
Bagaimanapun, tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian hari ini mendapati lukisan terbabit sudah ditutup dengan plastik berwarna biru.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis ketika dihubungi berkata pihaknya tidak mengetahui individu yang melukis mural berkenaan.
“Saya tidak pasti bila lukisan itu dilukis dan siapa orangnya, individu itu pastinya mahu seluruh rakyat Malaysia mengingati Allahyarham Adib menerusi lukisannya,” katanya.
Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.