Tuesday, August 27, 2019

Mahkamah arah buang dara

a person wearing a mask: GAMBAR hiasan.© Provided by Media Prima GAMBAR hiasan.
DHAKA: Sebuah mahkamah tinggi di Bangladesh mengarahkan perkataan “dara” dibuang daripada sijil perkahwinan pasangan Islam selepas sekumpulan aktivis mendakwa perkataan itu sebagai memalukan dan satu diskriminasi.
Menurut undang-undang perkahwinan Islam di Bangladesh, pengantin perempuan perlu memilih status sama ada dia “dara”, “balu” atau “janda”.
Timbalan peguam negara, Amit Talukder memberitahu, dalam satu keputusan ringkas kelmarin, mahkamah mengarahkan kerajaan membuang perkataan itu dan menggantikan dengan perkataan “belum berkahwin”.
Mahkamah dijangka menyiarkan keputusan penuh pada Oktober ini dan arahan itu terus dilaksanakan.
“Ia satu keputusan bersejarah,” kata Aynun Nahar Siddiqua, peguam kumpulan yang memfailkan bantahan berkenaan pada 2014.
Kumpulan hak asasi manusia sudah lama mengkritik perkataan itu yang digunakan dalam sijil pernikahan sejak 1961.
Perkataan itu dianggap sebagai memalukan, satu diskriminasi dan mendedahkan kehidupan peribadi wanita yang mahu berkahwin. - nst

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.