Monday, August 26, 2019

Tarik balik ‘bodoh sombong’ dalam 48 jam, kumpulan beritahu Syed Saddiq

a man wearing a suit and tie smiling at the camera: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.© Provided by FMT MEDIA SDN BHD Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
PETALING JAYA: Gabungan Seni Khat Action Team (Sekat) mahu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik balik perkataan “bodoh sombong” dalam komen Twitter berkenaan laporan berita tentang pendirian kumpulan itu.
Setiausaha Arun Dorasamy berkata gabungan itu tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah jika beliau gagal menarik balik “fitnah” itu dalam tempoh 48 jam.
“Kami juga akan memegang Syed Saddiq bertanggungjawab terhadap sebarang serangan laman sosial oleh ‘cybertrooper’ beliau dan apa-apa ‘backlash’ berbau perkauman susulan daripada drama fitnah beliau ini,” katanya dalam kenyataan.
Arun berkata komen Syed Saddiq itu “amat malang” kerana Sekat hanya menyeru Kementerian Pelajaran menangguhkan pelaksanaan Jawi di sekolah-sekolah rendah dan berdialog dengan golongan berkepentingan.
Komen itu, katanya, seolah-olah menggambarkan mereka anti Jawi.
Arun menjelaskan cadangan memberi kelonggaran pilihan hanya untuk sekolah jenis kebangsaan adalah tidak wajar dan tidak memadai.
“Ribuan lagi anak-anak kaum India, Cina, Kadazan, Iban, Murut, Dusun, Orang Asli dan lain-lain Bumiputera bukan Islam belajar di sekolah-sekolah rendah (kebangsaan),” katanya.
Arun seterusnya mengajak Syed Saddiq untuk berdebat akan isu ini dengan Sekat tanpa sebarang syarat.
Semalam, Sekat pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di ibu negara berkata kegagalan mengadakan perbincangan terbuka dan menyeluruh dalam persiapan untuk memperkenalkan tulisan Jawi menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka.
Arun berkata sekiranya kerajaan bertegas untuk meneruskan keputusan memperkenalkan tulisan Jawi tanpa membincangkannya dengan pihak berkaitan, Sekat akan menganjurkan “Hari Tidak Hadir ke Sekolah” bagi menunjukkan bantahan.
Syed Saddiq, ketika mengulas laporan mengenai sidang media itu, dilapor menganggap kumpulan yang mengugut untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah kerana membantah pembelajaran Jawi sebagai “bodoh sombong”.

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.