Wednesday, February 26, 2020

KM Sabah bertolak ke KL menghadap Agong

KUALA LUMPUR: Baki 132 ahli Parlimen kebanyakannya dari Pakatan Harapan serta PPBM dan mereka yang selari dengan Azmin Ali akan hadir ke Istana, hari ini untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.
3.03 petang: Ahli Parlimen DAP dijangka mencadangkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri baru. Sin Chew Daily memetik ahli parti sebagai berkata semua ahli Parlimen DAP dipanggil sebelum ini untuk taklimat mengenai perkara itu.
2.58 petang: Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal baru berlepas dari negeri itu ke Kuala Lumpur, dipercayai untuk menghadap Agong di Istana Negara.
1.40 petang: Semua ahli Parlimen DAP, termasuk Lim Kit Siang menaiki bas memasuki Istana Negara.
1.15 petang: Datuk Pengelola Bijaya Diraja menyerahkan ikan patin masak tempoyak kepada pemberita yang bertugas di Istana Negara.
1.12 petang: Shamsul Iskandar berterima kasih kepada penyokong yang datang ke Istana Negara. Beliau menyatakan pendirian PKR kepada Agong.
1.10 petang: Ahli Parlimen Amanah Hatta Ramli berkata PH “akan kembali”.
1:09 petang: Ahli Parlimen PH keluar dari Istana Negara.
1.05 petang: Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefli Ahmad keluar dari Istana Negara.
1:04 petang: Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar berkata ada “ada berita gembira untuk Malaysia”.
12:58 petang: Ahli Parlimen Wangsa Maju Tan Yee Kew said PKR menandatangani pengisytiharan terhadap Anwar Ibrahim sebagai PM ke-8.
12:55 petang: Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah berkata semuanya “okey” selepas berjumpa Agong.
12:48 petang: Presiden PKR Anwar Ibrahim meninggalkan Istana Negara.
12:25 petang: Polis meminta penyokong Pakatan Harapan bersurai daripada kawasan yang disediakan untuk media.
12.22 petang: Ahli Parlimen Penampang Darrel Leiking tiba di Istana Negara.
11:57 pagi: Pemimpin Amanah, Sallehudin Ayub, Hanipa Maidin, Mujahid Yusof Rawa dan Khalid Samad tiba di Istana Negara. Mujahid berkata, masih ada harapan dan beliau yakin “matahari akan terbit semula”.
11:46 pagi: Presiden Amanah Mohamad Sabu tiba di Istana Negara.
11:42 pagi: Pegawai istana menurunkan kerusi dan meja daripada lori untuk kegunaan pengamal media yang bertugas.
11.20 pagi: Penyokong PKR mempersendakan Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang dipecat daripada parti. Mereka menjerit “bye-bye Gombak, Ampang”.
11.19 pagi: Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir meninggalkan Istana Negara.
11.05 pagi: Ahli Parlimen Pagoh Muhyiddin Yassin tinggalkan Istana Negara.
10.40 pagi: Ahli Parlimen PKR tiba di Istana Negara menaiki bas “hop on hop off”. Mereka ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani, Ahli Parlimen Subang Wong Chen dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.
11.14 pagi: Ahli Parlimen Alor Gajah Mohd Redzuan Md Yusof tiba di Istana Negara.
9.47 pagi: Ahli Parlimen Pagoh Muhyiddin Yassin menjadi pemimpin terawal yang hadir di Istana Negara.
 
 
 
Subscribe our newsletter and get news delivered to your mailbox.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.