Friday, May 1, 2020

MEF: Usaha bawa Rohingya bekerja di ladang pernah dibuat tetapi gagal

Pelarian Rohingya lebih gemar tinggal di kawasan pekan dan bandar seperti di Selayang.
PETALING JAYA: Cadangan seorang timbalan menteri supaya pelarian Rohingya dibenarkan bekerja dalam sektor perladangan pernah dilaksanakan sejak 5 tahun dahulu, namun gagal, kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).
Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan berkata satu program percubaan khusus membabitkan 30 pelarian Rohingya pernah dilakukan membabitkan syarikat perladangan di Pahang.
“Sebenarnya, kita pernah buat ‘program pilot’ membabitkan pelarian Rohingya bekerja di sektor perladangan, tetapi tidak ada seorang pun yang kekal tinggal di situ. Mereka lebih gemar tinggal di kawasan pekan dan bandar seperti di Selayang.
“Mereka sebenarnya tidak suka bekerja di kawasan pendalaman, dulu kita pernah buat program seperti itu, dengan menghantar 30 pelarian Rohingya untuk bekerja di kawasan perladangan tetapi tidak ada seorang pun yang kekal,” katanya kepada FMT.
Shamsuddin bagaimanapun enggan menamakan syarikat perladangan yang terbabit dalam program tersebut, yang bertujuan menambah kemahiran pelarian Rohingya sebelum mereka dihantar ke negara ke-3.
Terdahulu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Edmund Santhara mencadangkan supaya pelarian Rohingya dibenarkan bekerja dalam sektor perladangan, langkah yang menurutnya akan memberi manfaat kepada mereka dan juga rakyat tempatan.
Bercakap kepada FMT, Edmund berkata, syarikat perladangan ketika ini mengambil pekerja asing dari Indonesia dan Bangladesh. Bagaimanapun, tindakan mengambil pekerja Rohingya sebaliknya hanya akan membabitkan kos pengangkutan ke ladang.
Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) berkata terdapat 175,000 pelarian di Malaysia, separuh daripada mereka adalah Rohingya. Dianggarkan 15,000 pelarian Rohingya tinggal di kawasan pasar Selayang sahaja.
Shamsuddin berkata, walaupun beberapa inisiatif sudah diberikan kepada pelarian Rohingya untuk bekerja di sektor perladangan seperti menyediakan tempat tinggal percuma, kadar bayaran yang rendah bagi penggunaan bil elektrik dan air, namun ia tidak mendapat sambutan.
“Program itu sebenarnya adalah untuk jangka masa panjang, mereka (Rohingya) ini sebenarnya akan diserap sebagai pekerja, namun tidak ada yang kekal.
“Namun mungkin program itu boleh dilaksanakan semula. Kita kena yakinkan pelarian Rohingya bekerja di ladang akan memberi memberi kelebihan dan meningkatkan kemahiran mereka. Ia juga sebagai persiapan sebelum mereka dihantar ke negara-negara ke-3,” katanya. - FMT

1 comment:

  1. I Want To Appreciate Dr.OYAGU for hs great deeds, I Was Diagnosed With type 2 Herpes Virus Last year,And Was Looking For Solution To Be Cured Luckily I Saw Testimonies On How Dr.OYAGU Cure Herpes Virus I Decided To Contact Dr.OYAGU I Contacted Him He Prepared A Herbal Medicine Portion And Sent It To Me,I Started The Herbal Medicine For My Health.He Gave Me Step By Step Instructions On How To Apply It, When I Applied It As Instructed, I Was Cured Of This Deadly Herpes Within 2 weeks, I Am Now Herpes Negative.My Brother And Sister I No That There Are So Many People That Have There Same Herpes Virus Please contact Dr OYAGU To Help You Too,And Help Me To Thank Dr.OYAGU For Cure Me, I’m Cured By Dr. OYAGU Herbal Medicine,His Contact Email:oyaguherbalhome@gmail.com Or Cell Whatsapp Number +2348101755322 thank you

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.