Friday, May 1, 2020

Laman Web Ini Jual Kad Pengenalan Palsu Secara Dalam Talian Dengan Harga RM1,295

Sindiket penjualan kad pengenalan tidak lagi berselindung dalam melakukan kegiatan haram mereka. Malah mereka semakin berani menunjukkan taring mereka apabila mula menjual secara terang-terangan.
(Vocket) – Bagi kerajaan, aktiviti penjualan dokumen MyKad dan sijil kelahiran kepada warga asing dianggap sebagai pengkhianatan besar terhadap negara.
Terbaharu, sebuah laman sesawang dengan nama All Genuine Documents telah bertindak berani menjual kad pengenalan haram secara terang-terangan dengan harga sekitar USD300 (RM1,295), manakala pasport pula dijual pada harga sekitar USD1,400 (RM6,041).
Screenshot 2020-05-01 at 10.49.35 AM
Pembeli akan diminta untuk mengisi maklumat peribadi seperti nama awal dan akhir, jantina, tarikh dan tempat lahir, alamat dan tanda tangan digital dalam resolusi gambar yang tinggi. Selain itu, mereka turut meminta gambar berukuran passport.
Selain Malaysia, antara negara lain yang menjadi mangsa sindiket penjualan kad pengenalan dan passport secara dalam talian ini adalah Ireland, Netherlands, Portugal dan Sepanyol.
Mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan laman sesawang ini kebanyakan berpuas hati dengan kualiti yang disediakan. Dengan rata-rata memberi komen bahawa kad pengenalan tersebut tiada cacat cela dan asli.
Screenshot 2020-05-01 at 10.55.51 AM
Selain kad pengenalan, laman sesawang ini turut dilihat menjual beberapa produk lain termasuk lesen memandu, dokumen penceraian, sijil IELTS dan sijil kelahiran.
Sehingga hari ini belum diketahui siapakah dalang disebalik aktiviti penjualan kad pengenalan secara dalam talian ini dan ketika kami cuba untuk klik di bahagian ‘about us’, laman ini memberi mesej ‘error’.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.