Tuesday, September 29, 2020

Musa yakin Hajiji upaya hidupkan kembali ekonomi Sabah

 

Hajiji Noor terima surat pelantikannya daripada Yang di-Pertua Juhar Mahiruddin di Istana Negeri hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas ketua menteri Musa Aman yakin ketua menteri baharu Sabah, Hajiji Noor, berupaya menghidupkan kembali ekonomi negeri itu, mengatakan pemimpin PPBM itu semasa menjadi menteri dalam pentadbirannya “sentiasa beri komitmen penuh dan profesionalisme ketika bekerja”.

Musa Aman.

“Saya yakini sepenuhnya beliau dengan kebijaksanaan dan pengalamannya yang luas ada keupayaan untuk memimpin Sabah,” katanya dalam kenyataan tahniah hari ini, selepas Hajiji mengangkat sumpah jawatan pagi tadi.

“Beliau seorang individu yang penuh belas kasihan, tetapi sebagai pemimpin beliau seorang tegas dan dapat membuat keputusan tanpa gentar atau pilih kasih.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.