Saturday, October 31, 2020

Draft : Surat Terbuka Kepada YAB Perdana Menteri Dan Masyarakat Melayu / Bumiputera

 Surat terbuka ini masih 'Draf' sebab saya menunggu Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6hb Nov 2020 di Parlimen. Ikut prosedur Parlimen hanya pembentangan akan dibuat pada 6hb November. Parlimen akan mengundi (untuk meluluskan Belanjawan) pada satu tarikh yang kemudian (dalam tempoh dua minggu ?)

Saya rasa terpanggil untuk menulis surat kepada YAB Perdana Menteri atas dua laporan berita terkini yang berikut :

1. MCMC sekat lesen syarikat courier 


https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/10/29/freeze-on-new-courier-service-licences-a-backward-move-says-group

consumer group concern over 2-year moratorium on new courier licences

“backward” move will hurt already struggling economy

MCMC announced 2-year moratorium on new courier licences 

MCMC move in line with call by Association of Carriers

represents 25 major companies including Pos Malaysia, GD, City-Link

2.  Dan berita berkenaan 'bail out' Felda Global Ventures 


Kedua 'kes' ini mencerminkan hampir segala kelemahan dan masalah yang masih menghantu dan membuntu masyarakt Melayu / bumiputera daripada maju ke depan.

Dan kedua kes ini juga mewakili permasalahan (dan mungkin juga penyelesaiannya) bagi parti politik Melayu yang makin hilang pengaruh dan sokongan padu daripada masyarakat Melayu / bumiputera. 

Seperti biasa, saya yang suka menyebuk, ingin memberi sedikit cadangan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia untuk mengatasi kedua masalah ini.

1. Membantu percepatkan ekonomi dan kemajuan Melayu / bumiputera

2. Yang seterusnya akan membantu parti dan gabungan politik YAB  Perdana Menteri mencapai kemenangan besar dan kukuh di peti undi pilihanraya, undi percaya / tidak percaya di Parlimen dsbnya.

Jadi ini hanya draf dan 'opener'.  Saya akan tunggu pembentangan Belanjawan 2021 pada 6hb November, 2020.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.