Tuesday, December 1, 2020

Kebakaran di George Town musnahkan rumah, lima bangunan lain rosak

 

Kebakaran memusnahkan sebuah rumah dan merosakkan lima bangunan bersebelahan.

GEORGE TOWN : Sebuah rumah musnah manakala lima bangunan bersebelahan mengalami kerosakkan dalam kebakaraan di Jalan Dato Keramat, di sini sebentar tadi.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat berkata tidak ada sesiapa kecederaan dalam kejadian tengah hari itu.

Menurut beliau, lebih 90 peratus rumah berkenaan musnah manakala bangunan-bangunan bersebelahan mengalami kerosakan terhad.

Kebakaran itu mencetuskan kebimbangan penduduk sekitar dengan kepulan asap tebal dan api marak menjulang di pusat bandar George Town.

Keja-kerja pemadaman masih dilakukan.

-FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.