Sunday, December 27, 2020

Khairy cedera ringan terjatuh ketika berbasikal

 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin mengesahkan beliau cedera apabila terjatuh ketika menunggang basikal pagi tadi. (Gambar Twitter)

PUTRAJAYA: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin cedera di bahagian muka selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti berbasikal di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor hari ini.

Setiausaha akhbarnya Raja Syahrir Raja Abu Bakar‏ ketika dihubungi memberitahu Khairy terjatuh selepas basikal ditunggangnya melanggar sebuah lubang di atas jalan raya kira-kira 11 pagi tadi.

Khairy mengesahkan perkara itu melalui akaun Twitter miliknya dengan memuat naik sekeping gambar memaparkan keadaan muka yang lebam dan gambar lokasi kejadian berkenaan.

Raja Syahrir ‏ menerusi satu hantaran di laman Twitternya memaklumkan bahawa Khairy hanya mengalami kecederaan ringan.

“Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya. Alhamdulillah @khairykj (Khairy) hanya alami kecederaan kecil dan tiada yang serius,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.