Friday, April 30, 2021

ADUN Melor, Yusnan Yusof meninggal dunia

 

Md Yusnan Yusof sebelum ini beliau pernah mendapat rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN). (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Md Yusnan Yusof dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Ketereh, Kota Bharu pada kira-kira jam 2 pagi tadi.

Beliau dikatakan rebah dan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Setiausaha DUN Melor Tanazi Ariffin berkata, ketika bangun dari tidur awal pagi tadi beliau terjatuh sebelum sempat ke bilik air.

Katanya, sebelum ini beliau pernah mendapat rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

“Ketika rawatan susulan beberapa bulan lalu doktor mengesahkan keadaan jantungnya baik. Malah semalam arwah hadir ke pejabat seperti biasa.

“Arwah menyiap urusan pembayaran skim takaful kifallah untuk warga emas di DUN Melor yang meninggal dunia,” katanya, menurut laporan Harakah Daily.

Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di surau berhampiran kediamannya selepas solat Jumaat hari ini.

Arwah meninggalkan seorang balu Romaini Daud dan enam anak.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary turut berkongsi berita pemergian Allahyarham di Facebook rasminya.

“Mendapat perkhabaran duka Dr Yusnan Adun Melor telah kembali ke rahmatullah di kediamannya di Melor sekejap tadi,” tulisnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.