Wednesday, April 28, 2021

Bukan saja kena raba tetapi pelbagai alasan untuk No Further Action

 This is from FMT (click here).





PETALING JAYA: 

  • beberapa lagi wanita tampil kongsi diganggu secara seksual
  • pelajar 17 tahun dakwa guru sekolahnya bergurau mengenai rogol 
  • FMT bercakap dengan beberapa wanita mengenai pengalaman ngeri mereka
  • Seorang gadis 16 tahun dakwa guru jasmani kata tidak berhijab layak dirogol
  • guru mengajar kanak-kanak berfikir seperti itu 
  • guru juga buat komen perkauman dan lucah tanpa menanggung akibat 
Sarah, 21, dakwa guru agama pernah gesel bahagian sulit pada belakangnya
Dia ganggu saya dan murid lain, berlaku di Tahun Tiga hingga Tahun Lima
Sarah terlalu takut untuk mengadu. “Saya tak beritahu ibu bapa saya.”
Ustaz itu ditukar ke sekolah lain (OSTB : Untuk sambung gesel budak lain)

  • Anna kata dada dan alat sulitnya pernah diraba di sekolah ketika usia 11 tahun
  • hanya salah satu contoh gangguan seksual yang saya alami di sekolah

Saya rasa benci gangguan masih berlaku 
masalah ini mesti diambil serius
Kita perlu menghentikannya

(OSTB : I dont think so lah Anna. Perkara ini tidak akan berhenti. Jidin kata tak ada benda pun. Jidin kata dia sudah investigate dari pucuk hingga ke pangkal. Jidin kata tak berlaku pun kes raba bontot ke, gesel alat sulit ke -  semua tak ada. Ustaz dan ustazah semua anak malaikat, tidak berdosa apa pun. Maksudnya juga you all ini yang membuat tuduhan ini semua pembohong besar tau.)

  • NUTP mahu polis menyiasat dakwaan-dakwaan itu
  • menggesa mangsa menamakan sekolah dan guru, buat laporan polis
  • undang-undang memerlukan bukti katanya
OSTB : Saya setuju dengan NUTP.  Polis kena siasat semua kes ini. 

Tetapi jangan lah harap mangsa yang semuanya wanita untuk tampil ke depan dan mengaku dulu dia ada kena raba, dia kena cabul, dia kena gesel dsbnya. Please dont be stupid. Mereka semua sudah dewasa, mungkin sudah kahwin, dengan family dsbnya. Takkan you expect wanita itu semua berani buka pekung lama?  Mereka sudah terpaksa tanggung malu sejak berapa tahun dah. 

And janganlah pi tanya ustaz dan ustazah yang raba bontot pula kalau dia orang pernah raba bontot student?  Of course lah depa akan deny. 

Jidin ini tak ada akal ke? Of course lah kalau you tanya gurubesar 'Ada tak kes raba bontot di sekolah awak?'  tentu sekali gurubesar akan deny. 

Takkan gurubesar nak mengaku 'Ya, Ya memang ada kes raba bontot di sekolah saya'. 

Cari pasal saja. Nanti gurubesar pula kena transfer ke Lubok Antu ke entah mana lagi. 

Cadangan NUTP itu tepat sekali. Kita mesti wujudkan Independent Panel untuk investigate kes-kes ini. Dan saya ingin beri sedikit lagi nasihat - tak payah lah jemput ustaz dan ustazah menjadi ahli panel. Depa sure akan cuba cover up. 

Saya melihat kelakuan jenayah ini menjadi satu lagi kes "No Further Action" dalam negara kita yang sekali lagi melibatkan orang Melayu. Tiada tindakan diambil.

1. Beberapa tahun dulu 10 orang mati food poisoning di Kedah. No Further Action.
2. 4 orang mati di Cameron Highlands akibat dam lepaskan air. No Further Action.
3. Jambatan runtuh di tapak projek Eco City, 4 maut. No Further Action. 
4. 6 orang Bomba mati lemas. No Further Action.
5. Ahli Bomba mati kena langgar lori Bomba sendiri. No Further Action. 
(Bebudak India pula kena tuduh, tetapi Polis confirm tiada orang lain terlibat). 

Sekarang berbelas (mungkin berpuluh) wanita mengadu pernah dicabul sewaktu dibangku sekolah (sejak 20 tahun dulu atau lebih). Jidin kata No Further Action.

Kalaulah guru raba bontot itu daripada bangsa lain. Depa dah pacak bendera atas Gunung Kilimanjaro dah. 

Tetapi s_x-maniac yang terlibat semua sebangsa. Ustaz dan ustazah pula tu. No Further Action.   

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.