Monday, May 31, 2021

Jawatan Menteri, Gaji Berpuluh Ribu Tetapi Jawab "I Dont Know".

 Hari itu Ismail Sabri kata dia tidak tahu-menahu pun bahawa Casino di Genting Highlands masih beroperasi.  Dia Menteri yang ditugaskan menangani wabak Covid. Tetapi dia tidak tahu pusat Casino Genting masih beroperasi - lalu Ismail terus memberi arahan Casino di tutup. 



Hari ini pula, mengikut berita Malay Mail, Ismail Sabri kata dia tidak tahu macam mana orang boleh terlepas sekatan merentas negeri, terutama sekali kes orang yang telah berjalan dari Johor ke Terengganu dan membawa jangkitan Corona Virus ke suatu daerah 'hijau' di Terengganu - sehingga kawasan itu sekarang sudah menjadi kawasan 'merah' pula.  Ismail Sabri kata dia tidak tahu lagi macam mana perkara itu boleh berlaku. 

Tetapi baru sekarang dia tahu - dan dia akan ambil tindakan lah.  



Kita pun tak tahu. Saya tak tahu Genting Casino buka atau tutup. Saya pun tak tahu ada orang yang boleh berjalan dari Johor ke Terengganu. Tetapi saya duduk berkurung di rumah. Semalam anak kesayangan saya belikan teh tarik bungkus (tanpa gula) dari kedai mamak pun saya sudah teruja.  Sebab saya berkurung di rumah.

Rupanya Ismail Sabri pula berkurung dalam gua. Walaupun dia adalah Menteri yang bertanggung jawab mencegah wabak Covid daripada merebak ke seluruh negara tetapi jawapan dia adalah 'I dont know', atau 'I dont have detailed information'. Seolah Ismail Sabri pun berkurung dalam gua. Habis pasal apa pula awak kata awak Menteri? Pasal apa awak ambil gaji berpuluh ribu Ringgit setiap bulan? Untuk jawab "I dont know". 

Itu bukan kerja Menteri. Itu kerja 'I dont know'. 

Sebenarnya seorang Menteri perlu tahu sesuatu perkara buruk SEBELUM perkara buruk itu boleh berlaku. Menteri perlu anticipate orang akan cuba lari dari Johor ke Terengganu dan Menteri mesti ambil langkah pencegahan (proactive steps) untuk mencegah atau mengelak perkara buruk itu daripada berlaku. Itu barulah Menteri yang betul.

Tetapi kalau lah Menteri pun tak tahu apa benda yang sedang berlaku dan menunggu wartawan dan media bangkitkan sesuatu perkara maka apakah gunanya bekerja sebagai Menteri? Elok duduk di rumah dan baca blog OutSyed The Box sajalah. Tak payalah membuang duit, buang api, buang air, buang masa upah Polis, upah askar, upah RELA, buat road block tetapi casino masih berjalan, orang boleh tembus dari Johor sampai ke Terengganu dan entah apa lagi.

Menteri yang sepatutnya lebih tahu berkata 'I dont know'.  Duduk rumah saja lah. Serupa orang lain.  Saya duduk di rumah. Saya rasa saya pun boleh tahu.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.