Saturday, May 1, 2021

Tangki minyak mentah terbakar, seorang maut, tiga cedera

 

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.36 petang.

SHAH ALAM: Seorang maut manakala tiga lagi cedera ringan apabila dua tangki minyak mentah terbakar di sebuah kilang dalam Kawasan Industri Telok Panglima Garang hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.36 petang.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang, Banting dan Andalas bergegas ke lokasi kejadian,” menurut beliau dalam kenyataan hari ini.

Mengikut laporan, kata beliau, dua tangki minyak mentah yang terletak di kawasan berkeluasan 100×100 kaki persegi dalam kilang tersebut, terbakar sebanyak 50%. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.