Tuesday, June 1, 2021

Pak Arab B_d_h Pun Makin Gunakan Akal

 Dengan soalan cepu mas pada penghujungnya.

Ramai penduduk Arab Saudi menyambut baik hadkan pembesar suara







https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/dunia/2021/06/01/menteri-saudi-pertahan-perintah-hadkan-kelantangan-pembesar-suara-masjid/

RIYADH: Menteri Agama Arab Saudi perintah hadkan bunyi pembesar suara masjid
pembesar suara digunakan bagi tujuan terhad
ekoran aduan berkenaan bunyi bising melampau
aduan pembesar suara ganggu kanak-kanak, warga emas
negara tanah suci kata pembesar suara tidak melebihi 1/3 paras penuhnya
pembesar suara untuk azan, (tetapi) bukan khutbah penuh

  • Mereka yang ingin solat tidak perlu tunggu azan dilaungkan katanya 
  • “Mereka sepatutnya sudah berada di masjid”
  • stesen TV juga menyiarkan doa dan ayat Quran, kata beliau

penduduk Saudi sambut baik hadkan pembesar suara

  • Dasar liberalisasi Putera Mahkota MBS, memangkin era keterbukaan 
  • usaha mengurangkan penekanan terhadap agama
  • Baginda memansuhkan larangan panggung wayang, pemandu wanita
  • membenarkan bercampur lelaki perempuan di acara sukan
  • Kelonggaran disambut baik ramai rakyat Arab Saudi
  • 2/3 rakyatnya berusia bawah 30 tahun


OSTB :  Dulu mereka pernah bantah apabila lampu letrik mula digunakan di negeri Arab. Ada yang menuduh lampu letrik alat Barat kafir. Kemudian mereka sedar lampu letrik itu membawa manfaat yang tidak terhingga.

Begitu juga bila TV mula diperkenalkan ada yang menuduh TV itu alat syaitan kafir. Kemudian pemerintah, ahli politik, penipu dan penyamun semua faham akan kelebihan siaran TV. 

Di Afghanistan, Taliban dulu haramkan mengambil gambar dengan kamera,  tetapi bila mereka sudah melihat  muka badut sendiri keluar dalam TV dan akhbar maka mereka pun pandai bersusun depan kamera. 

Begitu juga dulu mereka bantah alat pembesar suara tetapi apabila mereka sudah seronok dengar suara mereka sendiri maka loudspeaker buatan negara kafir Jerman, British, Italy, Denmark menjadi pilihan nombor satu.

Sehingga rakyat negara mereka sendiri terpaksa mengadu bahawa loudspeaker yang berbunyi kuat menggangu kanak-kanak tidur dan orang tua yang uzur.  

Dan Menteri Hal Ehwal Agama Arab Saudi pun keluarkan perintah untuk menghadkan bunyi maksimum loudspeaker tidak lebih daripada 1/3 paras sepenuhnya.

Saya pertama sekali bangkitkan isu ini 24 tahun lalu, pada tahun 1997 dalam tulisan saya dalam akhbar The Sun. (Saya menjadi penulis kolumnis akhbar "The Sun" pada masa itu dan column saya berjudul 'Human Rites').  

At last pemerintah Arab Saudi pun faham bahawa Al Quran itu telah diwahyukan untuk permudahkan urusan dan penghidupan manusia, dan bukan untuk menyusahkan manusia.

Surah 20:2 



(Maa anzalnaa alaika al Quraana li tashy-qa) -  Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah; Surah 20:2)

Maka apabila umum di negara Arab Saudi terpaksa membuat aduan bahawa pembacaan dsbnya menerusi alat pembesar suara yang sangat kuat menggangu ketenteraman mereka maksudnya sebelum itu mereka tidak ambil kira bunyi loudspeaker lebih menyusahkan manusia. 

Sebenarnya perkara ini bukan susah pun. Serupa juga kalau kita mainkan lagu lama penyanyi Uji Rashid.  Kalau kita mainkan lagu Uji Rashid ikut volume yang rendah atau sederhana   maka suara Uji pun manis dan merdu. Tapi kalau kita mainkan lagu Uji pada volume tahap maksimum maka suara manis pun akan bertukar menjadi suara hantu. 

Dalam semua hal kita perlu gunakan common sense. Atau akal.


Surah 10:100  Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya.

https://www.al-quran.cc/quran-translation/indonesian/yunus.html

Maka amat penting bagi manusia menggunakan akal dalam semua urusan.  Saya yakin jika kita ikut saja ajaran Al Quran kita semua boleh hidup secara aman, baik dan bahagia.

Soalan cepu mas : Saya nak tanyalah, apabila tuan-tuan menonton TV di rumah dan keluar suara azan dalam TV ada tak sesiapa di antara tuan-tuan yang terus maksimumkan suara TV agar kesemua bilik dalam rumah boleh mendengar azan TV itu?  Itulah soalan saya.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.