Wednesday, September 1, 2021

Agong berkenan terima menghadap PM untuk mesyuarat pra-Kabinet pertama

 

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengadakan perbincangan bersama Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menerusi sidang video. (Gambar Facebook Istana Negara)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-Kabinet yang pertama menerusi sidang video di Istana Negara.

Istana Negara memaklumkan sesi hari ini berlangsung selama 30 minit bermula 8.30 pagi tadi.

“Sesi hari ini juga adalah yang pertama kali bagi Ismail Sabri sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri kesembilan.

“Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama perdana menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” menurut kenyataan itu di Facebook. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.