Monday, November 1, 2021

Malaysia mampu keluar produk vaksin sendiri, kata PM

 

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob (dua, kanan) menandatangan plak perasmian Institut Genom dan Vaksin Malaysia pada Majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara dan di Institut Genom Malaysia hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata Malaysia mampu mencorak laluan dalam mengeluarkan produk vaksin sendiri yang berkualiti, berkesan dan selamat.

Beliau berkata, melalui pelaksanaan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) dan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI), ia boleh dilaksanakan mengikut syarat ditetapkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Walaupun pembangunan R&D dan penghasilan vaksin ini merupakan suatu pelaburan yang tinggi, tetapi ia berpotensi memberikan pulangan jangka panjang buat Keluarga Malaysia melalui penjimatan kos merawat penyakit selain membawa pelaburan syarikat multinasional ke Malaysia.

“Melalui pelaksanaan PPVN dan penubuhan MGVI ini, modal insan berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang penyelidikan terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan dan vaksin akan dapat dilahirkan,” katanya pada majlis pelancaran PPVN dan MGVI di Institut Genom Malaysia (MGI), menurut laporan Bernama.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Dr Adham Baba dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.