Tuesday, December 21, 2021

9 mayat ditemui di kawasan banjir Shah Alam

 

Polis berkata, dua mayat lelaki dijumpai masing-masing di lampu isyarat Kemuning Utama, Seksyen 33 dan satu lagi di Jalan Utama masuk ke Alam Idaman, Seksyen 22 pada Ahad lepas. (Gambar Facebook)

SHAH ALAM: Sembilan mayat ditemui di sekitar Shah Alam setakat ini dipercayai korban banjir yang melanda daerah itu Jumaat lepas susulan hujan lebat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Baharudin Mat Taib berkata, dua mayat dijumpai pada Ahad, manakala tujuh lagi semalam.

Beliau berkata, semua mayat terdiri daripada tiga wanita dan enam lelaki.

Menurut Baharudin, dua mayat lelaki dijumpai masing-masing di lampu isyarat Kemuning Utama, Seksyen 33 dan satu lagi di Jalan Utama masuk ke Alam Idaman, Seksyen 22 pada Ahad lepas.

Semalam, dua mayat lelaki ditemui berhampiran Subtek Bencana Seksyen 25, satu di Pekan Sri Muda dan satu lagi di bawah Lebuhraya Elite berhadapan MSU Seksyen 13.

“Tiga lagi mayat wanita ditemui semalam dengan dua daripadanya di kawasan rumah teres Seksyen 25 dan satu lagi di Persiaran Budiman,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga selain bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan akibat banjir.

Baharudin meminta kerjasama semua pihak untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan banjir atau penemuan mayat mangsa banjir ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202000/ 03-55202022 untuk tindakan lanjut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.