Tuesday, December 21, 2021

Ismail Sabri Gagal Dapat Markah 90%. Askar Terpaksa 'Menjerit' Kepada NADMA

https://www.msn.com/en-my/news/berita/muak-menunggu-atm-turun-bantu-mangsa-banjir/ar-AAS0uXO?ocid=msedgdhp&pc=U531


Muak menunggu, ATM turun bantu mangsa banjir

  • ATM bertindak Jumaat, tanpa tunggu Agensi Pengurusan Bencana (NADMA)
  • NADMA teragak-agak mengerahkan ATM bagi usaha bantuan
  • Kerajaan Selangor juga tidak pasti untuk melibatkan pihak tentera
  • ATM mula bergerak selepas solat Jumaat.
  • Kementerian Pertahanan “muak” dengan NADMA dan kerajaan Selangor
  • tindak balas hambar daripada NADMA
  • NADMA “tidak tahu bagaimana menangani krisis berkenaan”
  • MINDEF “menjerit” kepada kakitangan NADMA
  • tiada keseriusan mengenai situasi terbabit

My Comments:

Seperti kepercayaan tok moyang dulu akhir sekali dewa-dewa sungai yang telah salirkan air yang melimpahi tebing. Maka banjir pun surut serta rumah dan tanah kembali kering dan selamat sekali lagi.  Maka tok moyang dulu korbankan ayam jantan atau kambing tanpa cela untuk tenteramkan dewa-dewa sungai.

Hari ini sungai sudah tidak berdewa. Sebab pollution yang teruk, dengan heavy metals, chemical pollution dan pelbagai sampai dewa-dewa sungai pun lari duduk dalam rumah tonton Netflix siang malam. Yang pandai sikit jadi dewa dewan-dewan undangan. 

Maka tanpa dewa pujaan untuk menjaga sungai jatuhlah kepada anak-anak kampong  dengan segala kekeliruan dan huru-hara untuk menghadapi kemarahan bukit, gunung, hujan dan ribut. 

Yang ada bot tidak dapat arahan perintah. Yang ada arahan perintah tidak faham apa itu bot. Yang tahu membantu tidak dipanggil. Yang tahu panggil tidak membantu.

Tidak ada ayam jantan atau kambing dikorban. Sungai marah mengganas. Rumah tenggelam, kenderaan rosak dan sedih sekali nyawa terkorban. 

Sedih sekali tiada siapa sudi memberi markah 90% kepada Perdana Menteri untuk minggu ini.  Minggu ini dia dapat markah fail. Gagal.

Kita tunggulah minggu depan. Setiap minggu kan ada ujian baru.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.