Friday, December 31, 2021

Paras Sungai Tembeling naik, pelancong Taman Negara diminta keluar

 

Ketua Polis Daerah Jerantut, Mazlan Hassan berkata 45 pelancong tempatan yang berada di beberapa penginapan di kawasan itu telah mula keluar secara berperingkat sejak pagi tadi. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Polis meminta semua pelancong yang berada di beberapa tempat penginapan di Taman Negara, Kuala Tahan, Jerantut diminta keluar susulan peningkatan paras Sungai Tembeling.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Mazlan Hassan berkata, tindakan itu bagi mengelak mereka terkandas.

Katanya, seramai 45 pelancong tempatan yang berada di beberapa penginapan di kawasan itu telah mula keluar secara berperingkat sejak pagi tadi.

“Trend air Sungai Tembeling yang semakin meningkat bermula di Kampung Bantal, Hulu Tembeling petang semalam, pihaknya bimbang pelancong berkenaan akan terkandas buat tempoh yang lama jika laluan ke pekan Jerantut ditutup akibat banjir.

“Lokasi yang sering dinaiki air ialah Simpang Paya Garok, laluan berhampiran sawmill Jerantut Feri dan laluan Kampung Merting,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Mazlan berkata, polis sudah memantau pergerakan pelancong terbabit keluar dengan bantuan pengusaha pusat penginapan masing-masing.

“Operasi mengeluarkan mereka berjalan lancar dan hingga petang ini semua pusat penginapan di Taman Negara termasuk di Kampung Kuala Tahan sudah tidak berpenghuni lagi,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.