PETALING JAYA: Sejumlah 52 kenderaan mengalami kerosakan selepas dihempap bumbung berterbangan akibat angin kencang, dalam kejadian di beberapa unit flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Sungai Besi, petang tadi.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), berkata dalam kejadian 5.30 petang itu, enam rumah Blok A turut mengalami kerosakan, manakala bancian masih dilakukan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengenalpasti jumlah unit rumah Blok C yang rosak.
Beliau berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.21 petang tadi, menerusi media sosial mendapati tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan.
“Tiada pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS) dilakukan kerana hanya sebahagian daripada unit kediaman mengalami kerosakan dan penduduk juga tidak mahu berpindah,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Beliau berkata, kerja-kerja membersihkan kawasan kejadian dilakukan pihak APM dan kakitangan DBKL membabitkan Bahagian Kejuruteraan dan Skuad Penyelamat DBKL. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.