Saturday, January 29, 2022

Pencerobohan Dan Sengketa Yemen Tidak Melibatkan Orang Malaysia Atau Orang Yemen. Hanya Politik Survival Kabilah Padang Pasir.

 Peperangan di Yemen itu bukan peperangan sebenarnya. Ia hanya pencerobohan dan persengketaan antara pelbagai puak Sunni dan Syiah, antara puak ekstremis dan puak raja-raja (Arab monarchy) dari luar Yemen untuk kekalkan hak mereka untuk mencuri harta rakyat bukan di Yemen tetapi di negeri mereka sendiri dan di seluruh Timur Tengah.

Sengketa di Yemen bukanlah "peperangan" dengan guna berpuluhan ribu tentera, pergerakan besar-besaran tentera perisai (armoured columns), meriam jarak jauh (artillery) dsbnya. Semuanya tidak ada. 

Yang 'berperang' adalah kumpulan gerila, puak militan, askar upahan (mercenaries) yang semuanya menjadi proksi untuk puak lain.   

Oleh itu setelah TUJUH tahun berlalu masih belum tamat atau penghujung sengketa ini. Cuma lebih 100,000 nyawa penduduk Yemen (lelaki, wanita, kanak-kanak) terkorban (Inna lillahi) akibat pengeboman dari udara oleh tentera udara Arab Saudi (sampai ke hari ini) dan oleh UAE (dulu). 

Yang latest adalah serang balas oleh pihak Syiah Houthi terhadap Abu Dhabi (di UAE) dengan menggunakan dron dan peluru berpandu (missile). Abu Dhabi terletak 1,200 km jauhnya dari Yemen.

Serangan dron dan peluru berpandu (missile) Houthi telah meletupkan tangki minyak, merosakkan sebahagian lapangan terbang Abu dhabi dan korbankan nyawa tiga orang pekerja asing.  

Jadi apa kah sebabnya puak Houthi di Yemen serang Abu Dhabi (pada Isnin 17hb Januari 2022) ?

Serangan itu adalah serang balas puak Houthi untuk mendendam UAE yang telah masuk campur sengketa di Yemen. UAE terlibat membekal senjata dan duit kepada puak militan dan gerila tertentu di Yemen. 

Anehnya pihak UAE (ahlus sunnah)  membekal senjata dan duit kepada gerila mereka bukan saja untuk melawan Houthi (Syiah) tetapi juga untuk melawan puak Ikhwan Muslimin di Yemen (di wakili oleh Parti al Islah yang juga ahlus sunnah).

UAE memberi duit dan bekalkan senjata kepada gerila "Giants Brigade" - satu pasukan militan ahlus sunnah di Yemen - untuk melawan parti Al Islah ia itu satu lagi kumpulan ahlus sunnah juga tetapi yang menjadi proksi Ikhwan Muslimin atau Muslim Brotherhood.  

Jadi ahlus sunnah bunuh ahlus sunnah.

Part Al Islah (ahlus sunnah) melawan Syiah Houthi dan militan Giants Brigade (ahlus sunnah). 

Tidak ada kena mengena dengan penduduk Yemen atau orang Syiah di Yemen. Ianya hanya power struggle antara Ikhwan Muslimin, puak kerabat raja-raja Arab (Arab monarchies) dan Ayatollah Syiah di Iran. Untuk survival mereka.

Parti Al Islah (ahlus sunnah) di Yemen dibekalkan senjata dan duit oleh Ikhwan Muslimin (ahlus sunnah) yang juga berpengaruh di Turki (Parti AKP Erdogan) dan di Gaza (Hamas). 

Ikhwan Muslimin diasaskan di Mesir di mana pemerintah Mesir telah mengharamkan Ikhwan sebagai teroris dan ramai ahlinya telah dipenjarakan.

Ikhwan Muslimin juga tersangat benci kepada sistem raja-raja di Arab Saudi dan UAE. Ikhwan Muslimin memang berhajat untuk menghapuskan sama sekali keluarga di raja Arab di UAE dan Arab Saudi. 

Seperti yang boleh disangka Arab Saudi dan UAE telah haramkan Ikhwan Muslimin sebagai kumpulan teroris. (Tetapi Duta Malaysia ke Timur Tengah pula amat karib dengan Ikhwan Muslimin dan oleh itu duta kita itu tidak disenangi oleh Arab Saudi).

Jadi apa yang sedang berlaku dalam persengketaan di Yemen tidak ada kena mengena dengan kehidupan harian dan nasib orang Yemen. Penduduk Yemen (100,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak) yang sudah terkorban menjadi mangsa percaturan politik dan permainan power struggle kabilah padang pasir Arab. Itu sahaja.

Mereka dibunuh oleh bom dan bedilan Arab Saudi tetapi penduduk Yemen tidak mempunyai bahagian dalam sebab-penyebab persengketaan ini.

Saya ulangi : apa yang sedang berlaku ialah Arab Saudi, UAE, Al Islah, Ikhwan Mujslimin / Muslim Brotherhood  (semuanya ahlus sunnah) di cabar oleh Syiah Iran yang sokong penuh proksi mereka di Yemen ia itu Houthi Syiah. 

Tidak ada pun karut-marut yang biasa seperti falsafah tinggi, memperjuangkan kebenaran, membela kebebasan, membela agama  dsbnya yang lazimnya menjadi alasan untuk berbunuh. Objektif mereka sangat simple : survival puak masing-masing.

Sengketa di Yemen ini adalah perang proksi untuk menyelamatkan political survival raja Arab Saudi, raja UAE, Ikhwan Muslimin / Muslim Brotherhood dan juga puak Ayatollah Syiah di Iran. 

Jadi apa pula yang patut menjadi peranan kita di Malaysia? Jawapannya kita jangan masuk campur. Malaysia tidak mempunyai sebarang kepakaran ataupun bahagian dalam pembunuhan antara kabilah padang pasir ini.  Jangan pula kita nak sibuk-sibuk menjaga tepi kain pak Arab pula.

Sekarang kita beralih sedikit kepada berita puak Hamas - ia itu proksi Ikhwan Muslimin di Gaza pula.

Perjuangan penduduk Palestin di Gaza telah di hijack atau dirampas oleh perjuangan sampingan Ikhwan Muslimin dan pemimpin-pemimpin Arab cari duit. 

Kebelakangan ini tembelang mereka makin pecah dan bau busuknya makin disedari orang Arab.

Ramai orang tidak tahu-menahu bahawa pemimpin tertinggi Hamas bersama anak-bini mereka telah melarikan diri keluar dari Gaza dan sedang hidup mewah dan selesa di Switzerland, Istanbul, Beirut dan Doha.  Ini beritanya :

 




  • leaders of Hamas left Gaza, living in luxury hotels in rich countries
  • at least 8 top figures left Gaza over the past year
  • Hamas leader Ismail Haniyeh lives in luxury hotels in Doha, Qatar.
  • his wife, children living with him in luxury in Qatar
  • Khalil al-Hayya has moved to Doha.
  • Also Salah al-Bardawil, Sami Abu Zuhri and Taher al-Nunu.
  • Hamas top figure Fathi Hamad lives in Istanbul, Turkey.


Gambar berikut menunjukkan tiga orang pemimpin tertinggi Hamas yang hidup mewah di negara lain:


Jadi inilah kononnya "pemimpin Hamas". 

Mereka sebenarnya memperjuangkan politik gila-kuasa Ikhwan Muslimin. 

Ikhwan Muslimin bergerak di mana saja di negara Islam dan bukan Islam untuk mencari duit.  Mereka ambil kesempatan daripada sengsara orang Palestin  untuk dimanipulasi bagi kepentingan politik dan kekayaan mereka sendiri.  

Berita latest (hari ini 29 Jan 2022) pula melaporkan bantahan penduduk Gaza  yang marahi pemimpin Hamas tidak mahu belanjakan duit 'berbillion Dolar Amerika' untuk membantu mereka di Gaza.

Atas : Petugas Hamas memukul penduduk Gaza yang menyertai 
protes 'We Want To Live" pada bulan Mac 2019

  • Hundreds of Palestinian activists strongly criticising Hamas
  • "They Kidnapped Gaza" on Twitter on Thursday.
  • "Imagine your son dies because of the cold. Imagine your son dying because there is no electricity, no money, no wages and no home"
  • Living conditions in Gaza are dire. 
  • severe lack of water, poor sewage treatment, long daily power cuts
  • 67% youth unemployed - highest figures among graduates
  • 11-day conflict between Israel and Hamas militants in May 2021
  • Hamas has billions of dollars, people [in Gaza] starve to death 
  • Hamas not spending money on rebuilding Gaza
  • 2019 Demonstrations suppressed
  • 2019 demonstrations brought hundreds of Gazans on the streets
  • Hamas security services hit people, shooting live ammunition 

Sebelum Mac 2019 (protes 'We Want To Live') oleh penduduk Gaza untuk membantah pentadbiran Hamas mereka sudah pun menghadapi pelbagai kekurangan yang sepatutnya boleh diatasi oleh pemerintah Hamas. Negara lain seperti Qatar, Amerika , dan negara barat telah memberi bantuan berbilion Dolar Amerika tetapi duit itu tidak sampai dengan sepenuhnya atau dengan secepatnya kepada penduduk Gaza.

Kemudian pada May 2021 puak Hamas telah menembak roket yang sasarkan Israel. Israel pula melakukan serangan balas dalam "peperangan 11 hari" (11 days war) yang mengakibatkan kerosakkan bangunan dan infrastruktur di Gaza.   Sila lihat gambar berikut:

 

Sekali lagi Hamas dapat kutip banyak derma dan bantuan kewangan atas nama membina semula kerosakkan yang dialami Gaza. Sekali lagi berbilion Dolar Amerika yang diterima itu disimpan diluar negara (juga dibawah jagaan pimpinan Ikhwan Muslimin di Switzerland, Doha dsbnya). 

Sekali lagi paling sikit duit itu sampai kepada penduduk Gaza. Maka terjadilah protes terkini "They Kidnapped Gaza" oleh para aktivis Palestin di Gaza yang makin sedar bahawa kesengsaraan dan penderitaan mereka dieksploitasi oleh Ikhwan Muslimin dan proksi mereka Hamas untuk kutip dana.

Perbuatan ini tidak beza daripada Tabung Tin Milo yang digunakan oleh parti lebai dalam negara kita untuk kutip derma Tabung Memali, derma Rohingya, tabung jihad pelbagai (Afghanistan, Gaza, Palestin, Syria dan latest Kashmir).  Tabung Mat Indera bergurau saja kut.



Mat Indera sudah lama mati. Rohingya tak tahu pun ada kutipan tabung atas nama mereka. Pak Arab Palestin pula pernah kata tidak ada satu sen pun duit tabung Gaza sampai ke tangan mereka. 

Dan yang serupanya sedang berlaku kepada dua juta penduduk Gaza. Paling sedikit ahli Hamas yang menembak roket, orang Gaza kena serang oleh Yahudi, Hamas pula dapat duit derma, rumah dan bangunan penduduk Gaza masih rosak dan hancur. 

Pemimpin Hamas serta anak bini pula hidup mewah di luar negara. 

Mereka jaga survival mereka dulu. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.